Saturday, December 7, 2019

author photo
SAFI YOUTH RADIANCE RANGKAIAN PRODUK ANTI-PENUAAN | Memiliki kulit wajah yang berseri tanpa sebarang cela dan kusam adalah impian setiap wanita. Namun wanita kadangkala terlalu obses dengan produk murah di pasaran. Tengok review dari pengguna lain 5 bintang terus tanpa teragak-agak untuk membeli. 

Wanita kecantikan itu ada nilainya. Bukan hanya pada harga murah atau mahal. Tapi produk tersebut hendaklah bebas daripada bahan kimia yang boleh merosakkan struktur kulit kita. 

Jangan kerana review 5 bintang, terus tanpa teragak-agak untuk membeli. Kulit dia putih berseri, keinginan mencuba membuak-buak.

Sebagai wanita yang mengimpikan kulit wajah berseri dan cantik serta menawan, anda perlulah bijak memilih. Pilihlah produk yang bebas bahan kimia.

Bagi wanita-wanita yang inginkan produk lebih selamat serta suci. Di sini cik akak perkenalkan korang dengan rangkaian produk anti-penuaan iaitu SAFI YOUTH RADIANCE. 




Tampil lebih muda, cerah berseri dengan formulasi terkini

Jom kenali Produk SAFI YOUTH RADIANCE.
Info Produk

SAFI YOUTH RADIANCE jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan Lipo Vit-C di dalam produknya.

Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE, makmal produk penjagaan kulit Halal terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. 

Disamping itu juga, SAFI YOUTH RADIANCE ini diuji secara dermatologi, BEBAS MINYAK MINERAL, BEBAS ALKOHOL, BEBAS PARABEN, TIDAK DIUJI KEATAS HAIWAN. 




SAFI YOUTH RADIANCE ini didatangkan dengan dua jenis produk iaitu :- 

1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE 

2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER 

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua produk ini dihasilkan dengan Nano Gold 24K dan saffron. Kedua-dua produk berfungsi melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C 




SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE dengan Nano Gold 24K diperhebat dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. 

Formulasi berasaskan air SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING AND WHITENING ESSENCE diperhebat dengan Asid Hialuronik yang mengunci lembapan dengan lebih mendalam. 

Oleh yang demikian ia mampu mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus mengembalikan keanjalan kulit muka anda.

Produk 2 dalam 1 ini memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu untuk menyerap manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik.

Diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, SAFI YOUTH RADIANCE ANTI AGING & WHITENING ESSENCE membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron:  Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran

Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

*Produk ini diuji secara dermatologi


PENGGUNAAN


  1. Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan.
  2. Sapu dan ratakan produk di wajah anda.
  3. Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna.
  4. Untuk hasil optimum, gunakan produk bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER.


HARGA RM 55.90 (100ML)

SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER  dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C 




SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER dengan Nano Gold 24K & Saffron diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.

Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan anda kulit lembut, licin dan lembap.

Ia mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti:

Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah.

Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran.

Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata  mengurangkan garisan halus dan kulit kusam.

*Produk ini diuji secara dermatologi

SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER telah terbukti:


  1. *67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik.
  2. *75% peningkatan kadar pencerahan kulit.
  3. *Berdasarkan ujian klinikal, dengan penggunaan rangkaian SAFI YOUTH RADIANCE secara berterusan.


PENGUNAAN


  1. Sapukan produk diwajah dan leher
  2. Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.
  3. Teruskan mengurut dengan lembut sehingga meresap sempurna.
  4. Untuk hasil optimum, gunakan produk ini bersama SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE


HARGA: RM 55.90 (40g)

Cik akak dah perkenalkan korang dengan produk serta bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua produk tersebut di atas. Oleh yang demikian memang produk ini bebas dari sebarang bahan kimia yang berbahaya. Dan anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan produk keluaran Safi

Cik akak sebagai pengguna setia produk Safi sejak bertahun-tahun lamanya, memang recomend wanita di luar sana membeli produk ini.

Pengalaman Cik Akak mengunakan produk terbaru Safi - SAFI YOUTH RADIANCE

Kedua-dua produk ini telah membuatkan cik akak jatuh cinta lagi. Rangkaian anti-penuaan yang cik akak cari telah sekian lama, akhirnya cik akak telah mencuba selama seminggu. 

Daripada testimonial cik akak sebagai pengguna, inilah hasilnya.






Imej - Selepas Guna SAFI YOUTH RADIANCE

Testimonial Cik Akak - Sebenarnya kulit wajah cik akak sentiasa kering. Pelbagai peroduk yang cik akak cuba, namun hasilnya sama. Setelah seminggu menggunakan kedua-dua  SAFI YOUTH RADIANCE ini kulit wajah cik akak sentiasa lembab dan bermaya setiap hari. Cik akak biasa guna selepas mandi waktu pagi dan malam. Gunakan secara berterus pastinya hasil lebih lumayan.

Tekstur lembut dan tidak melekit. 

Rangkaian produk SAFI YOUTH RADIANCE ini juga amat sesuai bagi semua kulit. 

Semalam rakan cik akak dah sibuk bertanya pasal produk terbaru ini. Bagi yang berminat boleh dapatkan produk ini di laman web di bawah. 






RANGKAIAN SAFI YOUTH RADIANCE boleh didapati di WATSONS, GUARDIAN DAN AEON WELLNESS seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI:-

 sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my

laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY  

dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia

#SAFIYouthRadiance
#RadiateYouth

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post