Saturday, November 16, 2019

author photo
Baca Novel Dia Yang Ku Cinta Bab 1 - Bab 11 | Drama Adaptasi Novel yang bersiaran di tv3 menerusi Slot Samarinda. Drama Dia Yang Ku Cinta ini akan mula bersiar pada minggu hadapan, Isnin hingga Rabu jam 11.00 malam. 

Drama Dia Yang Ku Cinta ini akan mengandingkan pelakon  Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra sebagai terajui utama.

Drama Dia Yang Ku Cinta ini bergenrekan Drama, Cinta, Konflik dan Keluarga.

Mengisahkan kehidupan dua anak yatim yang dibenci oleh keluarga ibu tirinya. Apakah kesudahan kisah mereka. Nantikan Drama Dia Yang Ku Cinta bagi menggantikan Drama Sara Sajeeda yang akan melabuhkan tirainya pada minggu hadapan. 



Sinopsis Drama Dia Yang Ku Cinta | Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham (Afieq Shazwan) merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Shah Rezza). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna (Catriona Ross) bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Namun, kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Marhanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.
Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafiz Andrew (Luqman Hafidz) begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua-dua anak yatim tersebut ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.
Hafidz Andrew dan Lara Andrew adalah juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.
Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Marhanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.
Pertemuan dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post