Thursday, October 17, 2019

author photo
Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 & Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 : Esok adalah hari peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 & Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. 

Calon-calon dah bersediakan untuk berperang dengan soalan yang akan dikemuka dalam peperiksaan online itu nanti. Zaman sekarang bukan mudah nak dapatkan sebarang pekerjaan yang melibatkan agensi kerajaan. Perlu usaha lebih gigih untuk mendatangkan hasil.

Menghadiri Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE), Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 & Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 untuk tiket mudah untuk anda. Tapi kena melalui satu lagi fasa iaitu temuduga. 

Bab temuduga ini ramai yang gagal. Bukan anda tak bijak. Bukan juga tak pandai. Tapi kurangnya usaha untuk berjaya mendapatkan jawatan tersebut.

Bagi calon-calon yang bakal hadiri temuduga jangan lupa persiapan diri dengan mental dan fizikal yang cukup kental. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Yang penting jangan sekali-kali berfikiran "aku hadir temuduga untuk suka-suka".



Cik akak tahu ramai yang ingin menjadi penjawat awam seperti kami. Namun selalu gagal setiap kali hadir temuduga. Ada yang tak pernah dapat panggilan temuduga langsung. 

Bila gagal jangan sesekali berputus asa. Mohon dan mohon lagi. 

Sekarang tak perlu lagi nak mengisi borang secara manual. Hanya di hujung jari dah dapat mohon pelbagai jawatan di agensi kerajaan. 

Esok adalah penentu langkah pertama anda. Ingin lulus dan berjaya seperti orang lain, jangan lupa muat turun panduan di bawah. 






"Dapakan juga >>Contoh soalan untuk seksyen A (Pengetahuan AM), Seksyen B (Penyelesaian Masalah) dan Seksyen C (Bahasa Inggeris)"


 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Pergerakan Gaji Tahunan : RM145.00

 Senarai Tugas Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29  :
Memberi khidmat runding cara, merangka aktiviti harian dan mengawasi penghuni pusat pemulihan dadah dan penjara. Mengawasi, memberi kaunseling kepada pesalah akhlak dan juvana. Mengurus bantuan kepada orang-orang cacat, tua, miskin, papa dan mangsa bencana.


Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 

Gaji Minimum : RM2,078.00 

Gaji Maksimum : RM9,544.00 

Kadar Pergerakan Gaji Tahunan : RM225.00 

Senarai Tugas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 : 

Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post