Wednesday, September 11, 2019

author photo
Novel Terbaru - Novel Bahagia Yang Tersimpan & Novel Suami Untuk Aku : Tercari-cari novel terbaru yang akan berada di pasaran. Boleh singgah laman idea kreatif. Pelbagai novel ditawarkan.

Ni cik akak kongsikan dua Novel Terbaru yang boleh dibeli di laman web tersebut. 

Jom lihat Sinopsis Novel Bahagia Yang Tersimpan & Novel Suami Untuk Aku




Sinopsis Novel Bahagia Yang Tersimpan 

Wafie dan Iqbal, sama macam kucing dengan anjing. Sejak azali manusia yang bernama Iqbal tu kerjanya memang cuma mengganggu ketenteraman hidup Wafie. “Umur dah boleh jadi mak orang tapi masih hodoh. Kalau macam ni, sampai bila pun orang tak nak kahwin dengan kau.” - Iqbal Itu kisah dulu-dulu. Tapi lepas lama tak jumpa, tiba-tiba Iqbal muncul. Mengejutkan Wafie bila Tok Abah buat pengumuman, cucu lelakinya – Iqbal Uzayr dan cucu perempuannya - Noor Wafie, mahu disatukan. Lebih mengejutkan Wafie bila Iqbal terus setuju. “Oh! C'mon Iqbal, kau bukan suka aku pun.” – Wafie "Aku tak ada niat nak bantah rancangan Tok Abah. Dan tak, aku memang tak suka kau." Iqbal. Tak suka, tapi setuju kahwin. Apa sebenarnya yang Iqbal mahu? Wafie pening memikirkan tapi atas nama Tok Abah, dia akur setuju. Iqbal beri tempoh 8 bulan untuk mereka mencuba. Jika gagal, berpisah. Tapi bagi Noor Wafie, kegagalan itulah yang dia takut. Hidup sebumbung dengan Iqbal walau dalam tempoh yang singkat, hatinya diuji hebat. "Saya cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak tapi rasanya tak cukup baik." Pipi Wafie dah basah. "Kau dah jadi isteri yang cukup baik untuk aku. Cukup baik sampai aku rasa tak layak dapat kau." Iqbal tarik tubuh Wafie ke dalam pelukannya. Apa yang terjadi selepas 8 bulan berlalu? Benarkah seperti apa yang Wafie tahu, Iqbal ‘gunakan’ dia untuk move on dari Ameera? Atau, mungkinkah ada rahsia lain yang Iqbal sembunyikan?

Novel Suamu Untuk Aku - Karya Kay Omena




Sinopsis Novel Suami Untuk Aku

Pertemuan dengan Aidan mengingatkan Fiya pada arwah suaminya, Daniel. Wajah mereka serupa tetapi perwatakan berbeza. Sejuk beku seorang Aidan buatkan Fiya ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu. “Awak tahu tak saya tunggu awak dekat masjid tu berjam-jam?” – Fiya. “Aku ada kata aku nak balik dengan kau ke?” – Aidan. Namun, sakit hati dengan layanan dan bicara Aidan, Fiya cuba membenci dan menjauh. Tapi takdir dan jodoh itu milik DIA. Sekuat mana Fiya mahu membenci, sekuat itulah juga jodoh dia dan Aidan. “Saya dah mula sayang kat awak. So, tolong jangan buat-buat tak faham.” - Fiya “Fiya, kau mabuk ketum ke? Kau sedar tak aku ni siapa? Aku ni Aidan tau, bukannya Daniel.” Aidan Aidan tak tahu, sedingin mana pun dia terhadap Fiya, tetap juga kewujudannya telah menggantikan Daniel di hati Fiya. Berkat usaha Fiya, akhirnya Aidan mengalah juga. “Alaaa… Walaupun katil hospital ni kecik, tapi still muat kalau kita nak adakan sesi buat anak.” Selamba ayat Aidan. “Abang!!” Aku menjerit geram. “Apa?” Aidan buat muka blur. “Dah sakit tu buatlah cara sakit.” Jelingan maut aku berikan padanya. Pun begitu, pada ketika segalanya semakin baik, kebenaran yang terbentang buat Fiya jatuh terduduk. Apa sebenarnya yang telah Aidan lakukan hingga Fiya tak mampu terima kenyataan? Apakah Fiya akan percaya bahawa Aidan terlebih dulu mencintainya sebelum Daniel?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post