Wednesday, September 11, 2019

author photo
Lirik Lagu Hutang - Floor 88 #TrendingYoutube | Rajin pula cik akak cari lirik lagu ni kan. Ala waktu balik kampung hari tu cik akak dengar anak buah nyanyi. 

Balik-balik ulang lirik "

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana


Depa ulang berkali-kali...ahh sudah..Mana pula depa dapat lagu ni. Siap depa muat turun lagu tu kat youtube.

Rupanya lagu ni dekat sebulan dah #trendingYoutube. Cuma cik akak je buta mata. Tak nampak pun lagu ni. 

Yang best lagu ni, memang memberi pengajaran kepada kaki hutang..haha...

Part lirik ni tersuka pula cik akak dengar..balik-balik ulang. Kemaruk anggau dengan lagu Hutang - Floor 88.

Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana



Lirik Lagu Hutang - Floor 88




Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata
Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu
Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam)
Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana
Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit tu beribu semua entah ke mana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Solo solo
Solo solo
Solo solo
La la la la la la la la
La la la la la la la la
Cerita zaman dulu
Pak kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram-pang-pang)
Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana
Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana
Memanggil Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Rampo ngiseng semar tilem

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post