Tuesday, August 13, 2019

author photo
Kawal Kelemumur Dengan Produk Safi Shayla - Anti Kelemumur




Anda berhijab...
Tapi tak reti nak jaga rambut..
Kadangkala berbau kepam...
Kadangkala kulit kepala berminyak...
Tak pun kulit kepala berkelemumur..

Masalah kulit kepala berminyak akan menyebabkan kulit kepala gatal, bersisik dan berkelemumur...

Bagi anda wantita bertudung...penjagaan rambut perlu dititikberatkan. Jangan pernah ambil remeh.

Untuk elakkan rambut berbau busuk atau berbau kepam, harus amalkan berapa tips penjagaan rambut. 

Pilih Fabrik Hijab Yang Sesua
- Pastikan anda memilih fabrik yang sesuai dan selesa untuk kulit kepala.  Pilih jenis fabrik yang memudahkan aliran udara ke kepala. 

Pilih Anak Tudung Yang Sesuai
- Pilih anak tudung yang tidak terlalu ketat. Kalau boleh pilih anak tudung yang diperbuat daripada kain kapas.

Elakkan Memakai Tudung Atau Anak Tudung Secara Berulang
- Kononnya tak kotor dan tak berbau. Boleh lagi diguna pakai. Sedar tak sedar peluh melekat dan ia memberikan kesan yang negetif pada kulit kepala. 

Cuci Rambut Secara Berkala
- Elakkan cuci rambut setiap hari. Disarankan cuci rambut selang berapa hari atau pun bila rambut berminyak dan gatal. 

Kering Rambut Secara Semulajadi
- Mengeringkan rambut secara semulajadi amatlah digalakkan. Elakkan balut rambut dengan kain tuala. Nak lagi cepat, boleh guna pengering rambut tapi pada suhu yang rendah atau gunakan kipas sahaja.

Pilih Syampu atau Perapi yang sesuai
- Kulit kepala bukanlah bahan uji kaji untuk pek percubaan syampu atau perapi. Pastikan kita memilih syampu dan perapi yang sesuai. Kesilapan terbesar kita adalah suka mencuba produk terbaru di pasaran.

Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat
- Bagi yang berambut panjang, elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Longgarkan sedikit bagi memudahkan udara ke kulit kepala.

Antara tips-tips yang membantu wanita berhijab mengurus rambut untuk memastikan rambut sentiasa bersih dan sihat.

Terdapat pelbagai masalah rambut yang dihadapi oleh wanita. Antaranya :-

  • Rambut Berminyak
  • Rambut bercabang
  • Rambut berkelemumur
  • Rambut Rosak

Bagi individu yang mempunyai masalah rambut berkelemumur, boleh mencuba produk Safi Shayla - Anti Kelemumur.




Safi Shayla Anti Kelemumur :-

1. Minyak Rambut Anti - Anti Kelemumur 

Digunakan untuk langkah pertama. Minyak rambut anti kelemumur ini mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda + Mentol. 

-  Ianya mengurangkan kelemumur, minyak & kulit kepala gatal.

- Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari*.

* 8 jam wangian berdasarkan ujian makmal.

Minyak Organik Habbatus Sauda 

Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.

Minyak zaitun tulen

Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Ejen anti-kelemumur & Mentol

Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.


2. SYAMPU SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR

Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur digunakan sebagai untuk langkah ke-2.

 Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

3. MASKER PENYEGAR KULIT KEPALA KAWALAN KELEMUMUR

Untuk hasil yang lebih, gunakan masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur.

Minyak Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal dengann Micro Bamboo Charcoal + Organic Habbatus Sauda Oil  & Menthol.


Beli ketiga-tiga set produk ini di hypermarket berhampiran.



Lagi best setiap pembelian bernilai RM35 ke atas...
layak dapat percuma....We Bare Bear limite edition ni...
😊😊😊

Sebarang informasi tentang produk safi boleh klik detail di bawah.






This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post