Tuesday, July 23, 2019

author photo
OST Drama Kerana Dia Manusia Biasa - Lirik Lagu Leraikan (Black)  | Drama terbaru yang akan bersiaran di slot samarinsda tv3. Setiap drama pasti ada lagu mengiringinya. Untuk Drama Kerana Dia Manusia Biasa ini lagu Leraikan nyanyian Black dijadikan lagu tema @ OST bagi drama ini. 

Lirik Lagu Leraikan - Black (OST Drama Kerana Dia Manusia Biasa 

Leraikan - Black (OST Drama Kerana Dia Manusia Biasa 

Jiwa ku termenung
Teringat peristiwa kita
Tentang kau dan dia
Ada sahaja yang tak kena

Peritnya perhubungan kita
Ku tak sanggup untuk bersama
Biarlah aku yang tersiksa
Kau tahu aku tahu segala-gala

Sedangkan kau berpura bermain cinta
Akhirnya aku yang sengsara

Leraikan segala
Aku tidak rela
Menjadi setia
Untuk cinta kita

Biarku di sini
Merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri 
Di dunia ini

Kau tahu
Aku tahu segala-gala
Akhirnya aku yang sengsara

Leraikan segala
Aku tidak rela
Menjadi setia
Untuk cinta kita

Biarku di sini
Merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri 
Di dunia ini

Leraikan segala
Aku tidak rela
Menjadi setia
Untuk cinta kita

Biarku di sini
Merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri 
Di dunia ini




Novel yang akan diadaptasi drama. Karya Wan Nur Najihah. Novel adaptasi ini akan menampilkan gandingan Emma Maembong dan Syukri Yahaya sebagai terajui utama. 

Drama Kerana Dia Manusia Biasa ini akan bersiaran pada 24 Julai 2019 bagi menggantikan Drama Mimpi Sabrina.

Novel Kerana Dia Manusia Biasa boleh dibaca pada backlink di bawah. Terdapat 15 bab. Kesinambungan bab seterusnya, kena beli novel tersebut.



Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa


Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.


“Abang minta maaf.  Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas dendam atas perbuatan mereka. Biar mereka rasa apa yang Sya rasa.”

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka.  Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk tu.” – Nurin Aira

Sakit, perit.  Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka.


Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

“Kau jangan risaulah,aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.
 
Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya.

Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil




“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post