Thursday, July 11, 2019

author photo
Drama Utusan Cinta Buat Adam Episod 7 : Bersiaran mulai 03 Julai 2019 akan datang. Gandingan pelakon Kamal Adli dan Puteri Aishah. Drama Utusan Cinta Buat Adam ini bersiaran menerusi Slot Akasia TV3. 

Drama Adaptasi Novel Utusan Cinta Buat Adam ini mengisahkan seorang gadis yang tengah mencari jodohnya. Dan akhir bertemu Adam di masjid. 

Image result for utusan cinta buat adam

Drama Adaptasi Novel Utusan Cinta Buat Adam Karya Myra Ameer
Jumlah Episod : 28 Episod
Ganti : Drama Bukan Cinta Aku
Waktu Siaran : 7.00 - 8.00 malam (TV3)
Tarikh Siaran : 03 Julai 2019

Baca Novel Utusan Cinta Buat Adam Bab 1 - Bab 15 


Utusan Cinta Buat Adam Episod 7


Utusan Cinta Buat Adam Episod 6


Utusan Cinta Buat Adam Episod 5


Utusan Cinta Buat Adam Episod 4


 Utusan Cinta Buat Adam Episod 1


Utusan Cinta Buat Adam Episod 2


Utusan Cinta Buat Adam Episod 3



Pelakon : Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Tok Wan
Nazeera Sardi sebagai Fazrin


OST Drama Utusan Cinta Buat Adam - Karna Dia by Mira Putri

Lirik Karna Dia by Mira Putri

Karna Dia by Mira Putri



telah ku coba untuk bertahan
dari kisah cinta menyakit kan
luka yang kau beri begitu dalam
sungguh sakit kurasakan
sudah ku paksa untuk mengerti
walau hatika ku ini terluka
bukan salah ku tak mencintai
karna sikap mu memaksa ku pergi
adakah karna dia yang lebih sempurna
hingga engkau pergi bersama dirinya
kini ku sendiri meratapi
hati yang terluka
maaf kan lah aku yang tak bisa
membuat mu bahagia dalam cinta
ku yang harus pergi tinggal kan mu
untuk selamanya
andai hatiku dapat berbicara
tak kan pernah sanggup engkau mendengar nya
tangisan hatiku meraung di jiwa
sedih hatiku kini yang ku rasa
adakah karna dia yang lebih sempurna
hingga engkau pergi bersama dirinya
kini ku sendiri meratapi
hati yang terluka

maaf kan lah aku yang tak bisa
membuat mu bahagia dalam cinta
ku yang harus pergi tinggal kan mu
untuk selamanya
karena dia









Sinopsis Novel Utusan Cinta Buat Adam
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM

“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH

“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.

“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN

“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM

“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN

“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM

“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?


Utusan Cinta Buat Adam

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post