Wednesday, July 3, 2019

author photo
Drama Cinta Belum Tamat Tempoh : 

Nantikan Drama Adaptasi Novel Cinta Belum Tamat Tempoh yang akan bersiaran menerusi Slot MegaDrama Astro Ria. Drama Cinta Belum Tamat Tempoh ini nanti akan menampilkan gandingan pelakon Nafiz Muaz dan Bella Astilla.

Tarikh siaran cik akak akan kemaskini nanti.

Mengisahkan kisah cinta Iman dan Qaisara. 





Sinopsis Cinta Belum Tamat Tempoh | Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara(Bella Astillah) bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish(Hun Haqeem) sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe. 
Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa(Dayang Areeda) dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul. 
Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin( Nafiz Muaz) untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.
Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal(Fendy Bakry) ,seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama /bekas kekasih Qaisara.Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara.Qaisara memilih untuk bersama keluarganya .Megat Haikal ternyata sudah mempunyai kekasih iaitu Aween Lee (Sissy Imann).
Dapatkah Radin memikat hati Qaisara?. Siapakah yang bertakhta di hati Qaisara ? Radin atau Megat Haikal?.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post