Monday, July 8, 2019

author photo
Drama Ajari Playboy Itu Episod 1  | Drama terbaru yang bersiaran menerusi slot dahlia tv3. Lakonan Fendy Bakry dan Emma Maembong sebagai tunggak utama. 

Drama Ajari Playboy Itu bersiaran 20 episod penuh. Bersiaran mulai hari ini 07 Julai 2019. 


Sinopsis Drama Ajari Playboy Itu 

Mengisahkan Haris seorang playboy walaupun sudah mempunyai kekasih hati. Haris malu dan marah apabila Aida memarahinya di hadapan pelanggan butik kafe, ketika Haris memikat seorang gadis. Aida kecewa Haris yang kini kekasihnya, masih berperangai playboy. 

Pertengkaran mereka berakhir dengan Aida meletak jawatan dan meninggalkan butik kafe tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Ketiadaan Aida memporak-perandakan kehidupan Julia dan Hana. Mereka yang sedang sibuk dengan kerjaya masing-masing terpaksa bergilir-gilir menguruskan butik kafe H&J, sedangkan Haris bersikap ‘lepas tangan’. Mengamuklah Julia dan Hana pada Haris. Tapi Haris berkeras mengatakan dia tak patut dipersalahkan jika Aida sendiri yang perasan, sedangkan dia tak pernah menganggap Aida lebih dari kawan biasa. Padahal Julia dan Hana sendiri pernah menyaksikan bagaimana Haris terlebih ‘caring’ kepada Aida sehingga Aida jadi perasan begitu.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post