Sunday, July 28, 2019

author photo
Cerekarama Atas Satu Janji 


Telemovie Atas Satu Janji


Sinopsis Telemovie Atas Satu Janji | Ara, dibesarkan oleh ayahnya, Amar setelah ibunya, Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Amar terlalu mencintai arwah Murni. Keluarga Amar mula memikirkan tentang Ara yang kian membesar dan perlu mendapat kasih sayang seorang ibu. Lalu mereka menyarankan Amar untuk berkahwin lagi. 


Amar akhirnya terpaksa memungkiri janjinya untuk berkahwin dengan Maria, gadis pilihan ibu bapanya. Dia berbuat demikian demi Ara. Namun Ara sebenarnya tidak setuju kerana tidak ingin berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Maria kini sedar yang Ara menjadi ‘musuhnya’. 

Tapi dia seadanya upaya cuba memenangi hati Ara. Selepas 4 bulan berkahwin, Amar meninggal dunia. Kesedihan Ara sekali lagi diragut. 

Kini tinggallah dia dengan ibu tirinya. Namun Ara mula tersentuh melihat Maria merapati kematian ayahnya. Namun keluarga Amar meminta izin daripada untuk menjaga Ara. 

Ara terkilan kerana Maria bersetuju untuk meletakkan dia di bawah jagaan atuk dan neneknya. Ara merasakan yang Maria memang membencinya.

Sebenarnya Maria berbuat demikian kerana dia disahkan mempuyai kanser pancreas tahap 4. Ara mengetahui perkara itu selepas terdengar perbualan atuk dan neneknya. 

Ara rasa bersalah dan ingin kembali tinggal dengan Maria dan menjaga ibu tirinya.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post