Monday, June 24, 2019

author photo
Peperiksaan Online Memasuki Pembantu Makmal Gred C19 : Nak kerja kerajaan kenalah ambil exam dulu. Barulah ada laluan ke peringkat temuduga. Kemain lagi payah nak dapatkan kerja kerajaan sekarang.

Tak apa awak.
Ambil ia sebagai langkah pertama untuk korang berjaya.

Siapa dapat email Peperiksaan Online Memasuki Pembantu Makmal Gred C19 ni kita geng ok. cik akak dapat juga. Ujian 27 Jun 2019 (hari khamis). Semoga dipermudahkan urusan.

Soalan Ujian Peperiksaan Online Memasuki Pembantu Makmal Gred C19, mungkin sama dengan tahun sebelum ini. Atau mungkin lain soalan. 

Contoh Soalan Ujian Peperiksaan Online Memasuki Pembantu Makmal Gred C19 kena cari sendiri. Melambak kat website cari kerja.

Awak...KITA LULUS.....

Langkah seterus...TEMUDUGA AWAK...

Hadir temuduga dapatkan panduan di bawah. Moga-moga membantu. Sebab ramai dah LULUS TEMUDUGA DENGAN MUDAH....



Image may contain: text

Senarai Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Deskripsi Tugas: (Lantikan SPA)
Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Senarai Tugas Pembantu Makmal Gred C19 (Lantikan SPP) - boleh guna juga untuk panduan anda.

(a) Memastikan peralatan makmal berkeadaan baik dan makmaL sentiasa bersih dan teratur; 
(b) Membantu menyediakan bahan kimia seperti larutan piawai, sample kawalan kualiti serta mengawasi kawalan kualiti bagi ujian yang dijalankan; 
(c) Menjalankan kalibrasi peralatan dan alat radas kaca dalam makmal; 
(d) Membantu menyedia/mengemaskini rekod-rekod untuk sistem keselamatan dan kesihatan dalam makmal; dan 
(e) Menjalankan tugas lain seperti yang diarahkan. 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post