Sunday, February 10, 2019

author photo
Telemovie Titi Kayu | Cerekarama TV3 : Semalam ada tak yang menonton cerekarama berjudul Titi Kayu lakonan Pengarah Michael Ang dan Syed Ali Murtadha. Cerekarama kali ini ditayangkan sempena Tahun Baru Cina. Serius sedih telemovie yabg ditayangkan semalam. Banyak pengajaran yang kita perolehi daripada menonton drama tersebut. Bahagian penamat cerekarama tersebut memang meruntum jiwa penonton. Terlepas menonton semalam, booeh singgah fanpage cik akak.


Titi Kayu Cerekarama TV3 - Kisah Cheong Ah Ling atau Alim, adalah seorang pemuda lurus bendul yang bersahabat baik dengan seorang kanak-kanak, Umar. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.
Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai. Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar. 
Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.
Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post