Tuesday, February 12, 2019

author photo
Drama Senafas Rindu Episod 5 - Episod 8 : Sekali lagi drama adaptasi novel. Kali ini karya penulis Damya Hanna menjadi intaian pengarah. Drama Senafas Rindu ini telahpun bersiaran semalam. Untuk makluman peminat drama adaptasi novel, drama ini bakal ditayangkan sebanyak 20 episod penuh. 

Gandingan pelakon yang menerajui drama senafas rindu ini ialah Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Malah ramai lagi pelakon yang membantu menjayakan drama 20 episod ini. Senarai nama penuh pelakon yang membintangi drama senafas rindu ini adalah : - 

  • Syafiq Kyle sebagai Fariz Ashman
  • Elizabeth Tan sebagai Vivianna @ Siti Nur Ain
  • Kahoe Hon sebagai Kelvin
  • Alya Iman sebagai Shafika
  • Josiah Lim sebagai Patrick
  • Sharul Kamal sebagai Munir
  • Nelissa Edreena sebagai Azila
  • Wan Sharmila sebagai Athirah
  • Arash Mohamad sebagai Dato Zainol
  • Liza Abdullah sebagai Datin Maznah
  • Azizah Mahzan sebagai Tun Afifah @ Uwan
  • Zarina Zainoordin sebagai Marina
  • Alif Hadi sebagai Martin
  • Janet Khoo sebagai Cindy
  • Fazren Rafi sebagai Kamal
  • Mimi Ernida sebagai Dila
  • Louisa Chong sebagai Belinda



Drama Senafas Rindu boleh ditonton secara online di pautan di bawah.


Sinopsis Senafas Rindu : Kisah Fariz Ashman dan Vivianna (Anne) yang mana masing-masing mempunyai pengalaman pahit dalam percintaan. Fariz pernah bercinta dengan Shafika di alam persekolahan tetapi dihalang oleh ibunya sendiri. Vivianna pula dipaksa berkahwin dengan Kelvin dan ditingalkan tanpa sebab.
Kemunculan Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina menarik perhatian Fariz. Fariz membantu Vivianna ketika dia menghadapi masalah. Mereka semakin rapat namun pelbagai halangan perlu mereka tempuhi daripada keluarga mereka. Pada masa yang sama, Shafika turut hadir menagih cinta Fariz.


Fariz akhirnya nekad membawa Vivianna memasuki Islam dan mengahwininya. Namun begitu, ibu Fariz, Maznah dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana atau nama islamnya Siti Nur Ain. Nenek Fariz, Tun Afifah banyak mendorong Vivianna menjadi sabar dan tabah dalam rumah tersebut.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post