-->

Saturday, November 3, 2018

author photo
Pendosa Ingin Ke Syurga Drama Terbaik ASK 2018  : Semalam telah berlangsung Anugerah Skrin 2018. 30 anugerah telah diumumkan. Bagi kategori drama, Pendosa Ingin Ke Syurga dinobatkan sebagai drama terbaik 2018. 

Manakala kategori filem pula, Filem Dukun telah menang besar semalam. Biarpun bertahun lambat ditayangkan, namun filem tersebut tetap menjadi pilihan juri. 

Berbalik kepada drama Pendosa Ingin Ke Syurga ia mengisahkan seorang ayah kandung yang bercinta dengan anaknya sendiri.  Sehingga di hujung drama baru nak kenal siapa ayah dan siapa anak. 

Apakah kesudahan kisah mereka? Telemovie kali ini mengandingkan Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Sherry Merlis dan Raysha Rizrose sebagai tunggak utama. 


SINOPSIS PENDOSA INGIN KE SYURGA

Sufian berhijrah mencari rezeki di bandar dan meninggalkan isterinya bersama ibunya di kampung. 

Janji Sufian kepada Aisyah, dia akan berusaha untuk pulang dan melawat Aisyah sekerap mungkin. Namun, janji hanya tinggal janji. Sufian berubah 360 darjah dan bertukar namanya kepada Shawn. 

Anak mereka, Juanita yang kini berusia 19 tahun memberontak telah melarikan diri ke bandar. Juanita bertemu dengan Shawn di kelab tanpa mengetahui Shawn adalah bapa kandungnya. Mereka bercinta. 

Tibalah saat Juanita meminta Shawn bertemu penjaganya di kampung. Tiada kata yang keluar daripada mulut Shawn apabila Juanita membawanya bertemu Aisyah.


Keputusan penuh ASK 2018:

Kategori Drama:
Drama Terbaik: Pendosa Ingin Ke Syurga

Pengarah Terbaik: Rashid Sibir (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Lakon TV Terbaik: Sophia J Rhyland (Aku Nazmi)

Pelakon Lelaki Terbaik: Jay Iswazir (Aku Nazmi)

Pelakon Wanita Terbaik: Nad Zainal (Fatonah Azali)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Qalbu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:Fauziah Nawawi (Pendosa Ingin Ke Syurga)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori bahasa Melayu): Nur

Drama Rantaian Terbaik (kategori bahasa Cina): Green Wall

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Amyra Rosli

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Syafiq Kyle

Drama Komedi Terbaik: Mat Rukun

Videografi Terbaik: Nasarudin Ahmad Kamal (Nisaa)

Penyunting Terbaik: Mohd Shahrul Amin (Qalbu)

Kategori Filem:

Filem Terbaik: Dukun

Pengarah Terbaik: Dain Said (Dukun)

Lakon Layar Terbaik: Huzir Sulaiman (Dukun)

Pelakon Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Pinjamkan Hatiku)

Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Dukun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:Normah Damanhuri (Pinjamkan Hatiku)

Rancangan Majalah Terbaik: 999

Rancangan Realiti Terbaik: Lets Cycle Season 3

Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Skrin 2017

Kategori Penerbitan Dalaman (diumumkan 28 Oktober)

Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 32

Rancangan Dokumentari Terbaik:Majalah 3 (Ops Benih Buaya)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Halaqah (Jin atau UFO)

Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama, Siri Laporan Khas: Imbauan Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiah

Reka Bentuk Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 32 - Fesyen dan Muzik

Rancangan Hiburan Terbaik: Bintang Bersama Bintang Raya

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post