Friday, November 2, 2018

author photo
Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 : Hari ini adalah hari pembentangan Bajet 2018. Perkara yang amat di nanti-nanti oleh rakyat Malaysia adalah Bantuan Sara Hidup. 
Kalau sebelum khabar angin mengatakan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak akan diteruskan untuk tahun 2019. 
Namun rakyat tetap menanti dan berharap ada bantuan tersebut.
Melalui pembentangan Bajet 2019, Menteri Kewangan mengumumkan khabar gembira buat rakyat Malaysia. Bantuan Sara Hidup (BSH) diteruskan dengan kadar yang lebih tinggi. 
Akan tetapi bantuan tersebut tidak diagihkan untuk kategori bujang yang berpendapatan RM2000 ke bawah. 


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan peruntukan secara lebih bersasar.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan 
  • RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.
  • RM2001-RM3000 ke bawah RM750.
  • RM3001-RM4000 ke bawah RM500.

Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang. 
Kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).
Kadar tambahan BSH ini melibatkan golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah. Maka bantuan keseluruhan bagi yang pendapatan RM2000 ke bawah adalah RM1480.

Tarikh Agihan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 
Tarikh agihan belum diumumkan. Kemungkinan besar akan diumumkan dari semasa ke semasa. Kadar agihan adakah berperingkat atau sebaliknya. Kita tunggu dan lihat.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post