Saturday, October 13, 2018

author photo

Telemovie Tulus Cinta Gandingan Amar Asyraf, Siti Elizad : Antara drama yang akan dipertandingkan di pentas Anugerah Skrin 2018. Sebelum ini pernah ditayangkan menerusi cerekarama TV3.


Sinopsis Telemovie Tulus Cinta : Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukimia. 

Pertemuannya dengan Azim yang membantunya ketika rebah mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi Leukimia sehinggalah suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat dihospital. 

Hana, kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira. 

Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang. 

Maira rasa dipermainkan oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya.

Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Shuhanty DFKL
Produksi: Sha’s Media Sdn Bhd 
Pengarah: Ellie Suriaty 
Penulis Skrip: Shahremy Ikmal

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post