Friday, October 12, 2018

author photo

Fernleaf UHT Susu Berkualiti Tinggi dan Semula Jadi  : Memilih susu yang berkualiti tinggi dan sedap amatlah dititikberatkan. Kerana susu yang berkualiti tinggi terjamin memberi impak pada kesihatan kita. 


Fernleaf diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. Di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semulajadi. Iaitu dengan memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut di padang rumput yang subur.

Dengan cara demikianlah, maka terhasillah sumber susu semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan.

Di samping itu juga, Fernleaf mengandungi nutrien yang penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.

Tahukah anda bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput secara semulajadi?

Di Negara New Zealand terdapat tanah yang subur, kadar hujan yang baik serta cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.

Menurut sumber, ia juga salah satu negara di mana lembu tenusu dibiarkan meragut rumput secara bebas, tanpa mengurung di dalam kandang. 

New Zealand juga mempunyai rumput yang amat berkualitit tinggi dan terbaik dari alam menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.  

Selain itu, lembu tenusu menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas setiap hari. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih akan menghasilkan susu semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk proses pengalakkan susu.

Mempunyai lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu serta mempunyai peladang yang amat berdedikasi dalam kerja mereka. Peladang juga sentiasa memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna. Warisan dan kepakaran inilah yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini.

Fernleaf UHT ini mempunyai 3 variasi yang berbeza iaitu full cream, low fat dan chocolate. Cik akak pernah mencuba 2 variasi tersebut. Dan tidak dinafikan rasa susu semula jadi sedap serta berkualiti tinggi. Maka tidak rugilah kita mendapatkan 100% Mmmmm Fernleaf UHT Milk di pasaraya berhampiran.

#FernleafUHT #100Mmmmm





1 komentar:

avatar
Cik Tie delete October 12, 2018 at 9:27 PM

Sedap susu Fernleaf ni.. kalau kat rumah ni berebut la hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post