Thursday, October 25, 2018

author photo

Episod Penuh Ammar & Opie Episod 1 - Episod 13 - Slot Zehra  : Drama yang menghiasi Slot Zehra gandingan Hazama dan Raif Irfan. Mengisahkan kehidupan Ammar dan Opie penuh dengan kesederhanaan. Apa yang penting mereka memilih untuk mencari bahagia Ilahi.





Ammar watak yang dilakonkan oleh Hazama adalah seorang penyanyi yang pernah terlupa diri. Dikhianati teman baik sendiri dan kehilangan orang tersayang pada waktu yang sama, membuatkan Ammar hilang arah. 

Opie si celik yang sentiasa mengingatkan Ammar tentang kasih sayang Allah. Kehilangan kedua oranf tua sewaktu tsunami melanda. Namun Opie tetap teguh hatinya. 

Sinopsis Ammar & Opie : Kisah Ammar yang dikenali ramai dan menganggap popularitinya itu adalah tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, populariti juga mampu menghanyutkan sekaligus memusnahkan kerjaya seseorang artis. Itulah yang telah berlaku kepada Ammar, dan fitnah yang tercetus membuatkan dia terus terdampar kecewa
Selepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dengan sebuah fitnah yang membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yang teruk sekali.
Ammar sangkakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk menaikkan namanya kembali, apabila dia menerima tawaran baharu mengenai sebuah konsert di Thailand. Apakan daya, setelah tiba di negara jiran, Ammar sedar yang sebenarnya dia telah ditipu. Tidak mempunyai apa-apa selain gitarnya, kehidupan Ammar semakin berantakan sehingga dia terpaksa menjadi gelandangan.
Ketika Ammar sedang termenung mengenangkan nasibnya yang malang itu, seorang pengemis cilik bernama Opie telah muncul dan menyerahkan sebungkus makanan kepada Ammar. Siapa sangka, pertemuan dengan Opie ini memberikan harapan baharu baginya. Sejak itu, mereka berdua sering menyanyi di jalanan sama-sama demi sesuap nasi. Kembara baharu Ammar ini banyak mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan, serta kembali ke pangkal jalan.
Adakah Ammar bertul-betul sudah berubah? Mampukah dia meraih kembali popularitinya seperti sebelum ini?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post