Thursday, October 4, 2018

author photo

Drama Vila Ghazara Episod 14 : Minggu hadapan minggu ketiga bersiaran. Agaknya bila konflik mereka berakhir. Belum lagi kisah dendam Laili pada keluarga Dr. Ghaz. 

44711179721_f1f4bd4245_b

Vila Ghazara Episod 14

Vila Ghazara Episod 13




Promo Vila Ghazara Episod 12 

Pelakon : Shukri Yahaya, Mustapha Kamal, Azira Shafinaz, Syed Aiman, Aidil Aziz, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein
Penulis Skrip: Wira Hijau & Amy Aimi
Pengarah: Feroz Kader


Vila Ghazara Episod 1

Villa Ghazara, dari luar, banglo milik Dr Ghazaly Baqri dan isterinya, Zaharah Mustakim kelihatan indah dan sempurna. Tetapi apakah gambaran daripada mata kasar itu menggambarkan senario sebenar penghuni di dalamnya? Apakah mereka menjalani kehidupan seindah dan sesempurna Villa Ghazara? Tunggak utama Villa Ghazara, Dr Ghaz berada di kemuncak kejayaan dalam kerjayanya. Dia bukan sahaja diiktiraf sebagai doktor pakar bedah plastik kosmetik yang disegani di tanah air, bahkan dia juga mampu berbangga dengan kedudukannya sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah di sebuah hospital swasta terkemuka di tanah air. Secara tidak langsung, kejayaan dan kekayaan Dr Ghaz membuatkan dia dikelilingi para wanita, sama ada yang mahukan khidmat daripada ‘tangan emas’nya (sentiasa menghasilkan pembedahan plastik kosmetik yang berjaya) ataupun yang mahu menumpang kesenangannya.



Vila Ghazara Episod 2

Sewaktu makan malam, Ariana diperkenalkan kepada ahli keluarga Dr. Ghaz. Ketika itulah, Ariana serba salah bertentang mata dengan Hariz kerana merasa bersalah pernah menyebabkan Hariz telepas penerbangannya. Hariz pula membantah Dr. Ghaz mengambil Ariana bekerja di Villa Ghazara. Bagi Hariz, kehadiran Ariana ‘menyesakkan’ lagi kehidupan keluarga Dr. Ghaz. Padanya, Dr. Ghaz hanya membazirkan wang sahaja dengan mengambil Ariana kerana Hariz beranggapan, Ariana seorang yang cemerkap dan tidak dapat memberikan khidmat yang sebaiknya. Bantahan daripada Hariz ini dirasakan sebagai suatu ancaman oleh Dr. Ghaz. Kebenciannya terhadap anak ketiganya semakin membuak.





Bila Ghazara Episod 3

Ariana menunggu di bilik bacaan untuk meneruskan tugasannya. Setelah beberapa ketika, Ariana hairan mengapa Alia masih tidak turun untuk mengikuti tuisyen bersamanya. Maka, dia mencarinya di merata-rata tempat di Villa Ghazara. Hariz yang kebetulan ada di rumah, membuat keputusan mencari Alia di luar terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis. Ariana turut mengikuti Hariz walaupun dibantah oleh Hariz. Perasaan bencinya terhadap Ariana meluap-luap sehingga dia mengungkit kembali kisah lama (terlepas kapalterbang) lalu mengaitkan dengan kehilangan Alia. Namun, ketajaman mata Ariana akhirnya menemui Alia yang terlena di atas wakaf di sebuah taman permainan. Semua yang menanti di Villa Ghazara menyambut kepulangan Alia dengan kelegaan dan kegembiraan. Terutamanya Dr. Ghaz yang meninggalkan hospital dalam keadaan tergesa-gesa setelah mendapat berita kehilangan cucunya itu.





Vila Ghazara Episod 4

Selang beberapa hari setelah menyelamatkan anak saudaranya, Hariz pulang ke Villa Ghazara dengan wajah muram. Zara bertanyakan mengapa anaknya itu kelihatan seperti susah hati. Setelah dipujuk barulah Hariz memberitahu ibunya yang dia berkenan dengan seorang wanita tetapi nampaknya wanita berkenaan seperti menyukai lelaki lain. Zara gembira dengan cerita Hariz dan merasakan itu perkembangan baik kerana sudah tiba masanya untuk anak ketiganya itu berpunya. Lalu, dia mencadangkan agar Hariz untuk merapatkan diri dengan Ariana. Di pihak Hariz pula, dia kurang menyenangi cadangan ibunya. Hariz tidak menyukai Ariana kerana dia masih belum dapat melupakan arwah isterinya serta perbuatan Ariana yang menyebabkan dia ketinggalan kapalterbang.





Vila Ghazara Episod 5

Villa Ghazara, dari luar, banglo milik Dr Ghazaly Baqri dan isterinya, Zaharah Mustakim kelihatan indah dan sempurna. Tetapi apakah gambaran daripada mata kasar itu menggambarkan senario sebenar penghuni di dalamnya? Apakah mereka menjalani kehidupan seindah dan sesempurna Villa Ghazara? Tunggak utama Villa Ghazara, Dr Ghaz berada di kemuncak kejayaan dalam kerjayanya. Dia bukan sahaja diiktiraf sebagai doktor pakar bedah plastik kosmetik yang disegani di tanah air, bahkan dia juga mampu berbangga dengan kedudukannya sebagai salah seorang daripada ahli lembaga pengarah di sebuah hospital swasta terkemuka di tanah air. Secara tidak langsung, kejayaan dan kekayaan Dr Ghaz membuatkan dia dikelilingi para wanita, sama ada yang mahukan khidmat daripada ‘tangan emas’nya (sentiasa menghasilkan pembedahan plastik kosmetik yang berjaya) ataupun yang mahu menumpang kesenangannya.





Vila Ghazara Episod 6

Ariana menemui Zara untuk bertanyakan pendapat mengenai Alia. Dia tidak dapat berbincang perkara itu dengan Adrian atau Sofea kerana mereka tidak mengiktiraf peranannya dalam hidup Alia. Hariz terdengar perbualan antara ibunya dan Ariana yang bimbang terhadap Alia sering murung dan adakalanya memberontak. Hariz sedikit tersentuh dengan keperhatinan Ariana terhadap anak saudaranya itu. Dalam diam, dia berjanji dengan dirinya utntuk membantu gadis itu menangani masalah Alia kerana anak kecil itu dilihat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukannya ditaburi kemewahan semata-mata. Hariz mula terfikir yang Ariana mungkin benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas seharinya dan sedikit demi sedikit membuka hati Hariz terhadap gadis ini.



Vila Ghazara Episod 7

Di Villa Ghazara, Alia buat hal lagi. Dia tidak mahu ke sekolah dan mengamuk, membaling pelbagai barang di biliknya. Ariana cuba memujuk Alia.

Hariz yang terdengar jeritan Alia bergegas ke kamar anak saudaranya itu. Dia melihat bagaimana Alia membaling bantal ke arah Ariana lalu memarahi Alia.
Hariz berkata, dia akan cuba bercakap kepada Adrian tentang tingkah laku Alia. Ariana yang hanya memerhati dari jauh merasa bersalah apabila melihat Hariz dimarahi Adrian.

Dia merasakan dia yang sepatutnya mendidik Alia kerana dia dibayar untuk menjalankan tugas itu. Sebaliknya dia pula yang ‘mengheret’ Hariz ke dalam permasalahannya bersama Alia.


Vila Ghazara Episod 8

Ariana dihubungi dan diarahkan oleh Dr. Ghaz untuk datang ke pejabatnya di hospital, petang itu. Di pejabat Dr. Ghaz di hospital, Ariana dan Hariz duduk berhadapan doktor itu. Ariana ditanya tentang kejadian Alia mengamuk pagi tadi dan gadis itu menceritakan apa yang berlaku sehingga ke bahagian yang mana Hariz datang membantu meleraikan ‘tantrum’ Alia. Dr. Ghaz mengarahkan Ariana supaya merujuk kepada Khairy selepas ini. Meskipun kebingungan mengapa dia perlu merujuk kepada Khairy, namun dia mengangguk tanda faham. Namun, Hariz amat terperanjat dengan kata-kata ayahnya yang seakan-akan memperlekehkannya.


Vila Ghazara Episod 9


Vila Ghazara Episod 10 


Video Promo - Vila Ghazara Episod 11


Vila Ghazara Episod 11 

Tonton Vila Ghazara Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 - Semua video akan dikemaskini mulai minggu hadapan.

Memandangkan banyak video dah hilang dari radar. Boleh menonton di pautan ini.

Tonton Vila Ghazara Episod 1 - Episod 10 «»TONTON SINI


Video & Sinopsis kredit : TV3MALAYSIA Official


Sinopsis Vila Ghazara : Teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.
Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).
Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain.
Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.
Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.
Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Arianna dan Hariz akan membibitkan rasa cinta? 

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post