Wednesday, October 31, 2018

author photo
Drama Mencari Qiblat Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 (Slot Zehra) : Drama terbaru yang bakal bersiaran menerusi slot zehra tv3. Lakonan Aeril Zafril sebagai tunggak utama. Drama yang menggantikan Drama Ammar & Opie yang tamat semalam.

Mencari Qiblat akan bersiaran mulai 25 Oktober 2018 akan datang. 


Judul Drama : Mencari Qiblat
Tarikh Siaran : 25 Oktober 2018
Jumlah Episod Penuh : 13 Episod
9 malam di TV3 - setiap Rabu hingga Jumaat



OST Mencari Qiblat - Lagu Jangan Berhenti (Hafiz Hamidun)


Adam suka melepak di kelab dan bersuka ria dengan rakannya. Satu malam semasa balik dari menghadiri syarikatnya, ibu bapa Adam telah kemalangan dan kedua-dua telah meninggal dunia.

Sinopsis Mencari Qiblat : Satu pencarian yang tiada titik. Dia mahu mencari dirinya sendiri. Dia mahu mendoakan kedua Ibu bapanya di alam sana. Maka berjalan lah dia MENCARI QIBLAT nya. Berjumpa dgn pelbagai ragam manusia yg akan merubah dirinya menjadi insan yg lebih baik. Jalan mencari penyucian diri.


Adam anak tunggal dalam keluarganya, sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan.

Dek lalai dan alpa dengan kemewahan di depan mata, serta amalan hidup yang sentiasa berfoya-foya menjadikan Adam tidak peduli dengan hukum-hakam agama. Dari hari ke hari tidak ada siapa menyedarkan kehidupan seharian dilalui, Adam semakin tersasar jauh sehingga hilang pedoman hidup.
Kemalangan jalan raya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kehilangan kedua orang tua membuatkan Adam membuka mata dan kerana itu sedikit demi sedikit memberi kesedaran kepada Adam yang kehidupan duniawi ini hanyalah sementara. Kematian ayah dan ibunya seperti satu pukulan buat Adam sehingga terasa hidupnya dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan dan memahami erti sebenar kehidupan. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post