Friday, November 9, 2018

author photo
Kenapa Anda Perlu Berniaga Di Shopee? | Berniaga di Shopee adalah percuma, namun perlu ada modal permulaan. Itulah pesan rakan peniaga Shopee, walaupun mereka tidak mempunyai produk fizikal, mereka buat jualan produk orang lain sahaja tetapi sale sampai 5 angka sebulan.

Ramai yang buat bisnes online, tetapi tidak ramai yang menggunakan platform berbeza untuk pemasaran produk mereka. Kalau bukan Facebook, Instagram..pesan saya, Facebook bukan macam dulu lagi, Facebook Ads memang agak mahal sejak kebelakangan ini..nak run iklan perlu modal dan belum tentu ada sales jika setting iklan tidak betul..

Menariknya di zaman teknologi canggih sekarang ini, terdapat banyak platform yang boleh digunakan untuk menjual, salah satunya adalah Shopee. Kalau tak tahu Shopee ni apa, memang tak pernah shopping online lah awak tu hehe..

Di Shopee lah lubuk peniaga online sekarang ni. Tak kiralah pemilik produk, syarikat dan peniaga dropship. Kenapa mereka memilih Shopee sebagai platform jualan produk mereka? Disini ada 10 sebab kenapa anda perlu berniaga di Shopee..

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Berniaga Di Shopee


1. Percuma – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100% milik anda. Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain. Untung anda akan jadi berkurangan kerana terpaksa membayar caj penyedia perkhidmatan tersebut.

2. Sistem Online Mudah – Sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di Shopee Apps, anda boleh mula listing barang dengan terus mengambil gambar dari akaun Shopee, atau upload daripada gambar yang anda save dalam handphone anda atau anda juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda. Anda hanya perlu linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

3. Poslaju Ditaja Oleh Shopee – Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan untuk membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan, anda hanya perlu print consignment note menggunakan komputer yang telah siap ditulis alamat pelanggan dan penghantar beserta nombor tracking, tugas anda hanya perlu membungkus barangan, meletakkan consignment note tersebut di bungkusan pos untuk dihantar ke kaunter poslaju berhampiran. Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka, terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini, Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya anda meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan anda hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

4. Mobile Friendly – Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone, pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan tempahan menggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor tracking dan membalas mesej pelanggan. Anda juga boleh memasukkan produk, gambar, butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja. Cukup mudah, tanpa beli laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

5. Preferred Seller – Sekiranya jualan anda dan rating anda melepasi satu tahap yang diletakkan oleh Shopee, anda akan diberi taraf Preferred Seller, buat masa sekarang targetnya agak rendah iaitu jualan sebanyak 50 transaksi sebulan, dengan 25 pelanggan unik (unique buyer). Anda juga perlu menjaga rating keseluruhan untuk mendapat gelaran Preferred Seller dan perlu kekalkan jualan dan rating untuk terus memegang dengan gelaran ini. Kelebihan Preferred Seller ini, selain pelanggan akan lebih merasa yakin untuk berurusan dengan anda, pelanggan juga boleh menebus point/mata ganjaran yang diberi oleh Shopee di kedai anda, mata ganjaran tidak boleh ditebus di kedai-kedai lain yang bukan Prefered Seller atau Mall. Shopee juga kerap melakukan promosi khas untuk pemegang status Preferred Seller ini, disini anda mempunyai peluang yang lebih daripada peniaga lain. Sekiranya anda mengikut dengan teliti panduan dalam ebook ini, anda akan turut memegang status Preferred Seller dalam masa yang singkat.

6. Shopee Mall - Terdapat banyak kedai-kedai berjenama atau kedai-kedai official yang telah mula menjual di Shopee, mereka diletakkan di bawah kategori Mall, kategori ini untuk jenama yang dah establish, dimana Shopee menawarkan kedai Mall untuk mereka. Kita dapat lihat bagaimana jenama-jenama besar ini bijak menghidu peluang di Shopee untuk menambah keuntungan dan mengurangkan kos operasi. Kenapa tidak anda?

7. Pembayaran Mudah – Shopee menerima semua bayaran online daripada bank-bank utama di Malaysia. Banyak kes pelanggan tidak jadi membeli daripada pembeli kerana tiada bank yang pelanggan mudah untuk membuat bayaran, contohnya, sekiranya pelanggan mempunyai bank CIMB, mereka akan berasa agak berat untuk memindahkan duit ke bank lain seperti Maybank, kemungkinan kerana caj untuk instant transfer, mungkin kita kata berapa sen sangat caj, tetapi bagi pelanggan, mereka mungkin menghargai setiap sen daripada wang mereka. Terdapat juga pelanggan khususnya diluar bandar yang tidak mempunyai kemudahan mesin cash deposit tertentu, sekiranya anda hanya ada bank contohnya Maybank, sementara bakal pembeli hanya ada mesin BSN di kawasannya, kebarangkalian adalah tinggi untuk transaksi tidak berlaku. Masalah ini tidak wujud di Shopee, pelanggan boleh melakukan pembayaran secara online atau cash deposit apa-apa bank terus ke akaun Shopee.

8. Shopee Guarantee - semua pembayaran akan dibuat oleh pelanggan terus ke akaun Shopee, pembayaran akan dikredit ke akaun anda selepas pelanggan mengesahkan terima barang anda atau secara automatic berdasarkan tracking barangan (integrated system Shopee dan Poslaju), bayaran akan dikreditkan ke akaun virtual, Shopee Wallet. Untuk pertama kali, anda perlu mengaktifkan fungsi Wallet di akaun Shopee anda. Semua bayaran dari pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun wallet ini, anda boleh mengeluarkan pada bila-bila masa atau anda gunakan untuk membeli barangan daripada Shopee. Anda boleh mengeluarkan duit dari akaun wallet terus ke akaun anda tanpa caj (3 kali seminggu). Pastikan anda keluarkan secara bijak bagi mengelakkan sebarang kos. Selain itu, sekiranya anda membiarkan duit di dalam wallet anda, sistem secara automatic akan transfer ke akaun bank anda setiap minggu, buat masa sekarang, Shopee akan membuat pembayaran
setiap hari Rabu. 

9. Mengurangkan Risiko Ditipu - bayaran akan disahkan oleh Shopee sebelum Shopee akan memaklumkan anda sekiranya bayaran adalah sah dan boleh meneruskan proses pengeposan barang. Terdapat banyak kes penipuan di online, bukan sahaja pembeli, penjual juga menghadapi risiko yang sama, ada penipu yang mengedit resit menggunakan photoshop, kelihatan sama macam original, semata-mata nakkan barangan kita secara percuma, jika kita cuai dan tidak berhati-hati, kita mungkin akan terperangkap, siap pulangkan baki dalam sampul. Biasa terjadi kepada penjual yang baru memulakan perniagaan, mereka agak teruja bila mendapat pelanggan sehingga melupakan perkaraperkara penting yang patut disemak dan dipastikan terlebih dahulu oleh penjual sebelum menghantar barangan kepada pelanggan. Masalah ini tidak terjadi di Shopee, selagi bayaran belum disahkan, anda tak perlu menghantar barangan kepada pelanggan.

10. Promosi Mudah – Shopee sebagai penyedia portal juga menjalan promosi yang agak hebat untuk produk-produk terpilih terutama secara online seperti iklan Google dan Facebook, termasuk di kaca TV. Anda dapat menjimatkan kos promosi anda dengan bantuan Shopee sendiri. Mungkin produk anda sendiri akan diletakkan di iklan mereka. Selain itu, Shopee juga kerap menawarkan kupon untuk semua pengguna Shopee seperti diskaun RM10, diskaun RM5, dimana pelanggan perlu meletakkan kupon yang diberikan ke kedalam ruang kupon sebelum diskaun diberi. Pelanggan tentu lebih berminat untuk membeli, tambahan pula diskaun dibuat oleh orang lain. Anda tetap akan dibayar penuh walaupun pembeli membeli dengan harga diskaun.

Selain itu, pendapatan yang anda boleh dapat di Shopee adalah tidak terhad, anda boleh mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan bergantung kepada usaha anda. 

Perkenalkan kepada anda, sebuah buku digital hasil penulisan saudara John Jenin. Didalam ebook ini, beliau menceritakan bagaimana anda memulakan perniagaan di Shopee dan apakah cara untuk menghasilkan jualan melalui pemilihan produk yang betul untuk dijual.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Berniaga Di Shopee


Untuk membuat pembelian Ebook Bisnes Shopee ini, Klik Sini

Berikut adalah contoh pendapatan di salah satu akaun Shopee yang beliau kendalikan. Berdasarkan gambar di bawah, jumlah jualan terkumpul ialah sebanyak RM 81,137.93!

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Berniaga Di Shopee

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Berniaga Di Shopee


Dengan jumlah jualan mingguan sebanyak RM1000-RM3000. Ini adalah screenshot yang sebenar dan beliau juga sedang mengendalikan beberapa akaun Shopee dengan pelbagai jenis produk.

Sekiranya anda mempunyai 5 akaun yang seperti ini, anda boleh bayangkan pendapatan yang bakal anda perolehi, namun semua bergantung kepada usaha dan keizinan Tuhan.

Usah membazirkan masa anda, sedut saja ilmu yang dikongsikan saudara John Jenin ini. Klik link dibawah untuk membeli buku beliau ini dan mulakan perniagaan anda di Shopee.


Semoga bermanfaat.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post