Tamat Drama Cinta Bukan Kristal Episod Akhir - Dunia Cik Akak

Friday, September 14, 2018

Tamat Drama Cinta Bukan Kristal Episod Akhir


Tamat Drama Cinta Bukan Kristal Episod Akhir : Drama Cinta Bukan Kristal akan ditayangkan mulai 08 Ogos 2018 akan datang. Drama yang menggantikan drama Jangan Benci Cintaku. Gandingan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad sebagai terajui utama.


Drama : Cinta Bukan Kristal 
Tarikh Siaran : 08 Ogos 2018
Jumlah Episod : 28 Episod
Isnin - Jumaat 7.00 malam di TV3


Pelakon 
Nina Iskandar sebagai Sofea Darlyna
Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Ayda Jebat sebagai Aryana
Raja Afiq sebagai Syafiq




Tonton Cinta Bukan Kristal Episod 28 -Episod Akhir »»Tonton SINI



Senarai Pelakon Cinta Bukan Kristal

Dibintangi oleh Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Nazrief Nazri, Dayana Roza, Bella Nazari, Fauziah Nawi, Noniswara dan Hazman Al-Idrus

Lagu OST @ Lagu Tema Cinta Bukan Kristal

Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi

Sinopsis Cinta Bukan Kristal 

Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri.

Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. 

Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. 

Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?

Adrian, seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang selama ini dilihat sempurna di mata semua wanita. Suami yang baik dan bapa yang penyayang. 

Namun segalanya berubah apabila Adrian bertemu Aryana.

Aryana pula wanita yang terkena kejutan budaya sehingga jatuh hati terhadap suami orang lain.

Hubungan cinta antara Adrian dan Aryana melukakan hati banyak pihak terutamanya isteri dan keluarga Adrian. 

Bagaimanakah seorang suami dan bapa mithali boleh tunduk kepada godaan cinta orang ketiga .Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini. Ikuti kisah mereka dalam Cinta Bukan Kristal di tv3 Slot Akasia terbaru.





2 comments:

  1. Dah habis dah tadiii. Tapiii kalau dia buat aryana kawin dengan syafiq kan best

    ReplyDelete