Semerah Cinta Humairah Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 - Samarinda TV3 - Dunia Cik Akak

Wednesday, August 15, 2018

Semerah Cinta Humairah Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 - Samarinda TV3


Semerah Cinta Humairah Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 - Samarinda TV3  : Tinggal 4 episod sahaja lagi drama Semerah Cinta Humairah bersiaran. Dah terjebak menonton kompem tak boleh nak tinggal dah. Gandingan Fahrin Ahmad dan Janna Nick dalam Semerah Cinta Humairah.





Drama : SEMERAH CINTA HUMAIRAH
Jumlah Episod Penuh : 15 episod
Mulai :  24 Julai 2018
Isnin-Rabu, 10:00 malam
Slot Samarinda TV3
PELAKON  UTAMA : Fahrin Ahmad, Janna Nick

LAGU TEMA / OST 
Aepul Roza - Dusta



Menonton Semerah Cinta Humairah Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 »»https://m.facebook.com/cikakak27/


Sinopsis Semerah Cinta Humairah 

Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir.

Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia ada kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka tidak berbulan madu. Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Kerana tidak menyintai Humairah, Shahir mengabaikan Humairah. Namun Humairah tetap bersabar dengan kerenah suaminya dan sentiasa berdoa agar dibukakan hati suami untuk menyintai dia.

Sedang Humairah berusaha untuk memikat dan mendekati Shahir, kehadiran Saiful bekas kekasih Humairah di zaman persekolahannya. Namun hubungan mereka diputuskan oleh Saiful dengan alasan untuk fokus pada pelajaran. Walaupun hati Humairah masih menyintai saiful, Humairah tetap menerima keputusan saiful dengan hati terbuka.

Dan lebih mengejutkan Humairah, Saiful bekas kekasihnya adalah adik kepada suaminya.

Kehadiran Saiful membuatkan Humairah serba salah dan beliau takut cinta kepada suami beralih arah. Dengan sikap Saiful yang lebih menyayangi lagi menakutkan Humairah.

Camelia, gadis tak pernah putus asa untuk memecah belahkan hubungan Humairah dan Shahir. Pelbagai agenda dilakukan untuk mendapatkan kembali Shahir.

Humairah mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki diberi nama Harith. Kehadiran Harith pun, Shahir masih tidak berubah. 

Hinggakan suatu saat, Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.

Apakah yang akan berlaku pada kisah mereka akan datang.? Berjayanya Humairah meraih cinta dari suami?

Atau mungkin Humairah kembali kepada Saiful? Atau mungkin masih setia bersama suaminya.

Saksikan Drama Semerah Cinta Humairah Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 di Slot Samarinda TV3 minggu hadapan.


No comments:

Post a Comment