Novel Terbaru : Novel Doktor Love Karya Nora Isma Fuad - Dunia Cik Akak

Friday, August 10, 2018

Novel Terbaru : Novel Doktor Love Karya Nora Isma Fuad


Novel Terbaru : Novel Doktor Love Karya Nora Isma Fuad : Novel terbaru yang diterbitkan berjudul Novel Doktor Love ini boleh dibeli secara online di laman karangkraff mall. Terdapat dua versi iaitu versi cetak dan versi digital (ebook).



Beli Novel Doktor Love ↔https://www.karangkrafmall.com/doktor-love.html

Baca Online Novel Doktor Love Bab 1 hingga Bab 11 >>https://www.portalilham.my/karya/Novel/Travelog/BQVFKtBti44/DOKTOR-LOVE



Sinopsis Novel Doktor Love : Hujan… membawa kepanasan kepada cinta yang gersang…

Doktor Shahril Adli digelar Doktor Love tanpa diketahui punca. Dari Ireland dia membawa gelaran itu sehinggalah dia menjejak kakinya ke Pulau Lagenda. Dia hanya mahu mencapai taraf champions yang membawa pencapaian dalam misi perubatan.

Dalam pencariannya mencari cinta manusia, dia alpa dalam mencari cinta Pencipta. Dalam rintik hujan, dia mengalami tragedi yang menjadikan dia kehilangan jejak cinta Amelia. Dia bertemu Farhana, gadis yang baru berusia 19 tahun, pelajar tingkatan enam yang dianggap bijaksana, sopan dan mematuhi tuntutan agama. Farhana seolah-olah dicipta Pencipta sebagai Hawanya.

Farina, kakak kedua Farhana, pernah kehilangan kekasihnya satu masa lalu akibat jarak perhubungan mereka. Dia lebih rela memilih keluarganya berbanding terpaksa tinggal jauh hingga ke Sarawak. 

Dalam rintik hujan, mampukah Doktor Shahril Adli melupakan Amelia dan membuka hatinya untuk Farhana? Adakah Farhana benar-benar Hawa yang diciptakan untuk sekeping hati milik Doktor Shahril Adli? Farina, akan terus patah hatikah atau akan bertemu pengganti?

“Saya macam pernah nampak Farhana!” – Doktor Shahril Adli

“Tidak boleh berjanji bulan dan bintang. Begitu jugak yang seharusnya saya lafazkan. Kita lihat ke mana takdir membawa diri kita.” – Farhana 

“Kak Far tak mahu cerita palsu, dik. Sebab tu Kak Far tunggu sehingga semuanya menjadi sahih dan rasmi.” – Farina

No comments:

Post a Comment