Friday, July 13, 2018

author photo



Ujian Psikometrik Online Bagi Pengambilan Ke Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 (Calon Sarawak) : Sekarang ini pihak Suruhanjaya perkhidmatan Awam akan mengadakan sesi Ujian Psikometrik Online bagi yang ingin memasuki ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19. Ujian Psikometrik ini akan melibatkan calon Sarawak. Tarikh Ujian Psikometrik berlansung pada 24 Julai 2018 hingga 28 Julai 2018.

No automatic alt text available.

Pautan Ujian : http://ipass.spa.gov.my/

Ujian Psikometrik Online ini dijalankan bagi  pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian seseorang. 

Psikometrik bermaksud adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Bidang ini terutama mempelajari perbezaan antara individu dan antara kumpulan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.
A. Ya B. Tidak
2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.
A. Ya B. Tidak
3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.
A. Ya B. Tidak
4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.
A. Ya B. Tidak
5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Ya      B. Tidak

6. Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya      B. Tidak

7. Saya berharap agar majikan puji saya jika saya rajin bekerja

A. Ya      B. Tidak

8. Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.

A. Ya      B. Tidak

9. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat

A. Setuju      B. Tidak Setuju

10. Saya cuba mengundur diri jika prestasi kerja saya ditegur

A. Setuju    B. Tidak Setuju

11. Sabar dan tidak cerewet adalah tabiat saya

A. Ya      B. Tidak

Itu adalah antara bertaraf Psikometrik. Soalan sebegini telah pun telah dijalankan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Soalan Psikometrik ini memberi sedikit ruang untuk kita berfikir dengan segala tindak-tanduk kita.

Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Aspek Perkeranian 

  1. Pentadbiran Pejabat
  2. Pengurusan Personel
  3. Pengurusetiaan
  4. Menaip dan Menyediakan Dokumen Rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan
  5. Pengurusan Rekod
  6. Pengurusan Kewangan
  7. Pengurusan Fail
Aspek Operasi
  1. Pengurusan Keselamatan dan Ketenteraman
  2. Pengurusan kebersihan
  3. Pengurusan Utiliti
  4. Pengurusan Tanah dan Kemudahan Awam
  5. Perkhidmatan Kaunter dan Pemprosesan
  6. Pengurusan Data dan Maklumat
  7. Protokol dan Istiadat
  8. Penguatkuasaan
  9. Pengendalian Peralatan Perhubungan/ Komunikasi - Penghantaran (coding), Penerimaan (decoding) dan Pemprosesan Maklumat (reporting)
  10. Pengurusan Aktiviti Setempat
Banyak juga Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19. Apa-apa pun senarai tugas ini tertakluk kepada agensi dan ketua jabatan.





This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post