Mana Nak Beli Novel Jangan Benci Cintaku Karya Emy Roberto - Dunia Cik Akak

Friday, July 13, 2018

Mana Nak Beli Novel Jangan Benci Cintaku Karya Emy Roberto


Mana Nak Beli Novel Jangan Benci Cintaku Karya Emy Roberto : Penangan gandingan Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson membuatkan ramai pengemar novel ini mencari novel ini untuk bacaan lanjut. Penulis Emy Roberto berjaya membuatkan ramai yang tertarik dengan novel tersebut. Plot yang diceritakan pun boleh buat orang geram tapi tetap juga menonton hingga ke episod akhir nanti. 


Penangan Drama Jangan Benci Cintaku, cik akak terjebak sekali ingin memiliki naskhah novel tersebut. Cari kat popular memang tak jumpa kot. Jadi lebih mudah, beli online.

Mana Nak Beli Novel Jangan Benci Cintaku Karya Emy Roberto. Naskhah novel ini boleh dibeli secara online di sini »»http://www.ideakreatif.net/book.details.php?id=113

Harga RM26 - SM dan RM29 - SS

Sinopsis Novel Jangan Benci Cintaku 

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. 

Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan. “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal ‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa. Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. 

Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu berubah. 

Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi….. “Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. 

Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. ‘Make him fall for you!’- Damia Ya! 

Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. 

Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah. “Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal 

“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa 

“Mari, saya peluk.” - Shahrizal Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? 

Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai? Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

No comments:

Post a Comment