Thursday, July 12, 2018

author photo

Drama Cinta Tiada Ganti Episod 3 -  Adaptasi Drama Sana'y Wala Nang Wakas : Lagi-lagi drama adaptasi. Kali ini drama adaptasi dari drama Filipina yang berjudul Sana'y Wala Nang Wakas.


Drama : CINTA TIADA GANTI 
JUMLAH EPISOD : 100 episod
Bersiaran :10 Julai 2018
 Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Astro Prima 105 & Maya HD 135


Ingin menonton drama Cinta Tiada Ganti Full Episod, boleh singgah fanpage cik akak ini «« https://m.facebook.com/cikakak27/

PELAKON : Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Nik Adam Mika, Husna Mustaffa, 

Video Promo Cinta Tiada Ganti

Drama Cinta Tiada Ganti akan bersiaran mulai 10 Julai 2018 akan datang. Menggantikan Drama Monalisa yang tamat pada 09 Julai 2018. 

Drama Cinta Tiada Ganti diterajui oleh Nelydia Senrose, Aedy Ashraf dan Hafidz Roshdi. Bersiaran sebanyak 100 episod penuh. 

Sebut je watak Ara dan Christian, kompem korang tahu drama apa. Drama Filipina ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia. 

Sinopsis Cinta Tiada Ganti 

Mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan duga Ara dan Mukhriz bermusuhan seterusnya mereka jatuh cinta. Namun percintaan mereka terputus apabila satu rahsia terbongkar. Kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Mukhriz memaksa mereka mengubah haluan hati masing-masing.



Sana'y Wala Nang Wakas merupakan sebuah siri drama Filipina yang disiarkan di ABS-CBNbermula dari 19 Mei 2003 dan berakhir pada 9 Julai 2004. Ia berkisarkan tentang percintaan Christian dan Ara yang penuh dengan liku yang disebabkan oleh dosa lampau ibu bapa mereka. Ia dibintangi oleh Jericho RosalesKristine HermosaDiether Ocampo dan Angelika dela Cruz. Di Malaysia, drama ini pernah disiarkan di TV2 dan Astro Prima pada 2004 dan 2005. Pada 2013, siri ini diulang siar di Astro Bella pada 2013 atas permintaan ramai.

Pelakon Asal Drama Sana'y Wala Nang Wakas

  • Jericho Rosales sebagai Christian Soriano - Menjadi anak yatim di usia muda, dia diberi tanggungjawab mengendalikan syarikat-syarikat keluarganya yang berkuasa tinggi. Dia jatuh cinta kepada Ara, tidak tahu bahawa dia juga mempunyai kisah lampau yang mungkin menghancurkan hubungan mereka.

  • Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia/Grace Gonzales - Anak perempuan Elizabeth yang membesar tanpa mengenali kasih ibunya. Ara jatuh cinta dengan Christian, tidak mengetahui ia akan menghancurkan hidupnya.

  • Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III - Leo ialah cucu sulung Don Marcelo, seorang peladang yang kaya-raya. Mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Ramon. Mereka datang dari keluarga yang berpecah belah apabila ibu mereka meninggalkan mereka untuk berkahwin dengan seseorang di Amerika. Sejak itu, dua beradik itu berada di bawah jagaan Don Marcelo. Leo juga merupakan seorang peukis yang lebih suka dengan seni dan muzik daripada menguruskan hasienda keluarganya. Dia merupakan seorang cucu penyayang, dan cukup berani untuk berjuang untuk apa yang dia percayai atau untuk wanita yang akhirnya akan jatuh cinta dengannya.

  • Angelika dela Cruz sebagai Mary Ann Santos - Mary Ann ialah seorang yang ceria dan periang. Semua orang di sekelilingnya dipengaruhi oleh kegembiraannya. Terlepas dari masa lalu beliau yang bermasalah. Ibunya adalah seorang GRO, yang berkahwin dengan seorang lelaki yang akan melakukan apa sahaja untuk wang walaupun bermaksud, "menjual" anak tirinya. Setelah melarikan diri dari masa lalu, dia bertekad untuk memenuhi impiannya menjadi artis rakaman. Berani dan pintar, walaupun tidak dapat menamatkan pelajarannya, dia akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya dan akan melakukan segala-galanya untuk lelaki yang akhirnya dia akan jatuh cinta.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post