Telemovie Muazzin Diulangtayang TV9 - Dunia Cik Akak

Monday, June 4, 2018

Telemovie Muazzin Diulangtayang TV9


Telemovie Muazzin Diulangtayang TV9 : Telemovie Muazzin ini pernah ditayangkan pada tahun 2016. Namun sekali lagi diulangtayang malam ini di tv9. Dibintangi oleh pelakon Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar dan Amyza Adnan.


Telemovie Muazzin mengisahkan seorang doktor, Hawa tidak berhasrat untuk berkahwin setelah gagal bercinta.

Ayahnya, Iman Agus risau dengan keadaan anak gadisnya apabila telah menolak beberapa pinangan sebelum ini.

Keadaan kesihatan Iman Agus  yang saban hari semakin dimakan usia menyebabkan Hawa berfikir semula tentang hasrat bapanya itu.

Lebih-lebih lagi apabila Iman Agus terlalu berharap untuk melihat bakal menantu dan menimang cucu. 

Berpunca dari azan subuh yang sangat menenangkan jiwa, Hawa terbuka hati untuk mengenali muazzinnya.

Berjayakah Hawa mencari dan mengenali muazzin yang berjaya membuka pintu hatinya.


Apakah kesudahan kisah mereka? Saksikan Telemovie Muazzin di tv9 sekarang. 

No comments:

Post a Comment