Telemovie Ayah Gandingan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini & Azar Azmi | Cerekarama TV3 - Dunia Cik Akak

Saturday, June 9, 2018

Telemovie Ayah Gandingan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini & Azar Azmi | Cerekarama TV3


Telemovie Ayah Gandingan Fahrin Ahmad, Rita Rudaini & Azar Azmi | Cerekarama TV3 : Ada tak yang layan telemovie Ayah di Cerekarama TV3. Cerekarama ini bersiaran sejak jam 9.00 malam tadi. Gandingan mantap Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan Azar Azmi. Mengisahkan kehidupan seorang ayah yang berusaha membesarkan anak-anaknya. 


Telemovie Ayah ini juga menampilkan Dato Rahim Razali, Adik Duerra Mitilda, Faiz Fathullah, Mak Jah, Ali Reza, dan Syed Shafiq.

SINOPSIS AYAH

Bebanan seorang ayah yang menanggung tanggungjawab untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit dan perlu mencari mata pencarian yang lebih demi menanggung kos perubatan. Sehinggalah si ayah cuba untuk merompak rumah, tetapi dihidu oleh penduduk kampung. Si ayah lari masuk ke hutan demi menyelamatkan diri lalu terdengar tangisan bayi. Si ayah terjumpa bayi di dalam satu kotak kosong lalu membawanya pulang dan menjaganya. Ia menimbulkan suatu kebahagiaan buat si ayah selepas kematian isterinya beberapa minggu kemudian. Anak angkatnya itulah yang menjaga ayah hingga nafasnya terakhir, sewaktu darah dagingnya sendiri tidak menghiraukannya.

Sumber : myinfotaip.com

No comments:

Post a Comment