Populariti Kuih Kuba Guling Tengelamkan Kuih Akok Tradisi - Dunia Cik Akak

Tuesday, June 5, 2018

Populariti Kuih Kuba Guling Tengelamkan Kuih Akok Tradisi


Populariti Kuih Kuba Guling Tengelamkan Kuih Akok Tradisi : Sepanjang ramadan tahun ini, kita digemparkan dengan kuih kerbau guling atau lebih dikenali dengan nama Kuba Guling. Dikhabar bahawa kuih tersebut asalnya kuih tradisi dari negara jiran. Namun kini ianya semakin popular di negara Malaysia. Viral punya pasal, sampai populariti kuih akok tengelam.

Imej google - cik akak pinjam
Kuih Kuba Guling ini sebijik betul macam kuih Kosoi. Warna kehitaman dan disalut dengan kepala parut. Namun Kuih Kuba Guling ini dihasilkan dari arang tempurung kelapa. 

Agaknya apa rasanya kuih viral Malaysia ini. Kuba guling adalah antara kuih yang berjaya tengelamkan populariti kuih akok dan kuih pelita. 

Bagi yang ingin mencuba kuih kuba guling ini. Cik akak sertakan resepi. Lihat bahan-bahan digunakan.


Resepi Kuih Kerbau Guling @ Kuba Guling 

Bahan-bahannya

  • 250gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 150gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
  • 1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
  1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
  2. Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
  3. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
  4. Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
  5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Sumber resepi : SINI

Korang rasa, sampai bila populariti kuih kuba guling ini akan bertahan. Sama ada ianya gah seperti kuih akok tradisi melayu. Kuasa viral, sekejap lagi boleh diam.

Serius cik akak pun teringin nak merasai keenakkan kuih kuba guling ini. 

4 comments:

  1. alamak iye ke arang.. viral semacam kedai yang orang beratur sampai ke jalan tu. maybe sebab CT tak minat kosoi and the geng jadi tak teruja dengan kuba guling ni.. hehe macam2..

    ReplyDelete
  2. ooo pakai arang ke....dengar dalam radio tpi pernah tgk...

    ReplyDelete