Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Raya Sebulan Gaji - Dunia Cik Akak

Monday, June 4, 2018

Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Raya Sebulan Gaji



Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Raya Sebulan Gaji : Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Isu bonus penjawat akan menjadi intai pengguna media sosial terutamanya pejawat awam. 

Terdahulu Perdana Menteri telah mengumumkan akan memberikan bonus raya kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di agensi persekutuan. Namun untuk penjawat awam negeri, tidak akan menerima bonus raya tersebut. 

Pembayaran bonus untuk pejawat awam persekutuan ini melibatkan gred 41 ke bawah. Bagi gred 42 dan ke atas, mereka tidak mendapat bonus tersebut.

Pembayaran bonus tersebut akan diagihkan dalam minggu ini iaitu pada 06 Jun 2018. 

Bagaimana pula dengan penjawat awam yang berkhidmat di kerajaan negeri?

Untuk penjawat awam kerajaan negeri, kita tunggu pengumuman dari pihak berwajib kerajaan negeri masing-masing.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bonus Raya untuk penjawat awam negeri tersebut. 

Jumlah bonus raya yang diperolehi oleh penjawat awam negeri selangor sebanyak satu bulan gaji. Untungnya orang selangor.

Dalam pada itu juga, penjawat awam selangor di berapa agensi persekutuan juga bakal menerima RM1000 saguhati setiap seorang.

Antara jabatan agensi Persekutuan terlibat adalah :-
  1. Jabatan Perhutanan Selangor 
  2. Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor
  3. Pejabat Undang-undang Negeri Selangor
  4. Jabatan Pertanian Negeri Selangor
  5. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor
  6. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).
Tarikh pembayaran sama seperti penjawat awam persekutuan iaitu pada 06 Jun 2018 akan datang.

Bukan hanya kerajaan negeri selangor sahaja yang memberikan bonus raya, malah kerajaan negeri pahang pun tidak terkecuali.

Bagi negeri pahang jumlah Bonus raya akan ditentukan dalam masa terdekat.

Bagaimana pula dengan penjawat awam negeri-negeri lain. Adakah mereka akan juga bonus raya tersebut?

Kerajaan Negeri Sarawak bagaimana pula.

Berharap dengan adanya bantuan khas raya tersebut. Maka dapatlah meringankan sedikit belanja raya korang.

1 comment: