KPDNKK Tidak Halang Strategi PM TEPI, Tapi Patuhi 8 Syarat Ini - Dunia Cik Akak

Thursday, June 7, 2018

KPDNKK Tidak Halang Strategi PM TEPI, Tapi Patuhi 8 Syarat Ini


KPDNKK Tidak Halang Strategi PM TEPI, Tapi Patuhi 8 Syarat Ini : Umumnya peniaga online biasa menyorokkan nilaian harga barangan yang dijual. Kemungkinan ada yang takut-takut jiran sebelah melenting atau sebaliknya. Dan mungkin juga takut pembeli membandingkan harga dari seorang peniaga dengan peniaga yang lain. Maka itu terjadilah strategi PM TEPI.
sumber imej : KPDNKK

Baru-baru ini kecoh tentang isu PM TEPI ini tidak boleh. Namun hari ini KPDNKK menafikan bahawa PM TEPI di bolehkan jika mematuhi 8 syarat tersebut.

Antara 8 syarat yang telah ditetapkan oleh KPDNKK ialah :

  1. Nama Penjual / Syarikat
  2. Nombor Pendaftaran Perniagaan
  3. Keterangan Produk
  4. Terma dan Syarat
  5. Harga Perlu Dibayar
  6. Maklumat Untuk Dihubungi
  7. Kaedah Pembayaran
  8. Anggaran Masa Penghantaran
Itu antara 8 syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KPDNKK. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan peniaga online mematuhi 8 syarat tersebut, pembeli boleh membuat laporan serta-merta.

Kalau ikut prosedur perniagaan, setiap barangan yang dijual perlulah dilabel harga. Lagi lebih memudahkan pembeli membuat perbandingan. Jangan fikir pembeli akan memilih barangan yang lebih murah. Anda sebenarnya salah, kebanyakkan pembeli sekarang lebih mementingkan kualiti sesuatu barang yang dibeli. Murah pun kalau barang tidak mempunyai kualiti mereka tidak akan membayar lebih.

Lagi mudah, peniaga online perlulah mematuhi 8 syarat tersebut.


No comments:

Post a Comment