Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 / Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 & Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 - Dunia Cik Akak

Wednesday, June 6, 2018

Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 / Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 & Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


Jawatan Kosong : Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 / Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 & Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 : Bagi individu yang ingin memohon jawatan kosong tersebut boleh melayari http://www.spa.gov.my/.

Iklan

Kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 / Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 & Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 melibatkan Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 

Permohonan boleh diisi dengan melayari http://www.spa.gov.my/.

Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
Kekosongan : 23 & Simpanan : 30

  • Deskripsi Tugas : 
    Bertanggungjawab membantu pegawai-pegawai perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan didikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara.

Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Kekosongan : 2 & Simpanan : 10

  • Deskripsi Tugas : 
    Membantu Pegawai Penyelidik Gred Q3 dalam perancangan projek penyelidikan, pengendalian projek penyelidikan, mengumpul, merekod maklumat dan menganalisis data-data projek serta penyediaan peralatan projek penyelidikan.

Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
Kekosongan : 7 & Simpanan : 15

  • Deskripsi Tugas :

    PEMBANTU VETERINAR
    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

    PENOLONG PEGAWAI VETERINAR
    Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, mengurus Pusat Kuarantin Haiwan, mengurus Abattoir Jabatan, mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan.

    Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer, mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan, menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan serta menjalankan program pengembangan veterinar dan khidmat nasihat serta rundingcara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan.

    Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan, merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan. program pembiakbakaan ternakan dan bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan, pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai
  • Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 07 Jun 2018 akan datang. Permohonan hanya secara online dan tidak perlu menghantar salinan hardcopy. 


  Senarai Penjadualan Temu Duga

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
[ Tarikh Temu Duga: 06 Jun 2018 ]


Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga : 05 Jun 2018 - 27 Jun 2018 ]


Penghulu Gred NP29
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
[ Tarikh Temu Duga: 05 Jun 2018 - 07 Jun 2018 ]


Pegawai Perikanan Gred G41
(Jabatan Taman Laut Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 06 Jun 2018 - 28 Jun 2018 ]


Penolong Pegawai Perikanan Gred G29
(Jabatan Taman Laut Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 05 Jun 2018 - 27 Jun 2018 ]


Penolong Pegawai Latihan Gred E29
(Kementerian Belia dan Sukan)
[ Tarikh Temu Duga: 27 Mei 2018 - 07 Jun 2018 ]


Pemelihara Hutan Gred G41
(Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM))
[ Tarikh Temu Duga: 17 Mei 2018 - 05 Jun 2018 ]


Kurator Gred S41
(Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 17 Mei 2018 - 08 Jun 2018 ]


No comments:

Post a Comment