Isteri Untuk Diiktiraf Episod 19 - Dunia Cik Akak

Sunday, June 3, 2018

Isteri Untuk Diiktiraf Episod 19


Isteri Untuk Diiktiraf Episod 19 : Drama Isteri Untuk Diiktiraf, mengisahkan perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya Drama Isteri Untuk Diiktiraf menampilakn gandingan Redza Rosli, Elvina Mohamad dan Janna Nick sebagai terajui utama. 

Isteri Untuk Diiktiraf

»» Isteri Untuk Diiktiraf Episod 19 

JUDUL : ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7 malam
SIARAN TV :  Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Nurfaza Alisya

PELAKON : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora


Isteri Untuk Diiktiraf Episod 19 - Kisah Safiyya dan Tengku Wildan yang disatukan atas pilihan keluarga. 

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. 

Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. 

Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati.

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. 

Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang mengusai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. 

Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

No comments:

Post a Comment