Income Dari Nuffnang Sampai Cecah Ribuan Ringgit! Ada Ke Yang Percaya - Dunia Cik Akak

Tuesday, June 5, 2018

Income Dari Nuffnang Sampai Cecah Ribuan Ringgit! Ada Ke Yang Percaya


Income Dari Nuffnang Sampai Cecah Ribuan Ringgit! Ada Ke Yang Percaya : Dulu waktu zaman mula-mula buat duit dengan blog. Cik akak mampu jana pendapatan dari iklan nuffnang je. Waktu tu ramai blogger dah boikot nuffnang. Maklumlah tak mendatangkan hasil yang lumayan.

Bukan nak riak ke apa. Ianya sebagai motivasi untuk adik-adik blogger yang baru nak menjana pendapatan dari blog. Lagi pun syarat kelayakan nuffnang pun lebih mudah. Apply je hari ini, esok lusa dah boleh tempek iklan kat blog.

Orang kata menjana income dari nuffnang memang tak mendatangkan hasil. Bertahun-tahun dapat berapa ringgit...haha...ahh...betul tu tak mendatangkan hasil. Sebab tak ada usaha nak tingkatkan trafik blog. 

Semua jenis iklan diblog memang memerlukan orang klik untuk mendatangkan hasil. Ahh..tunggu orang klik. Alamak ada ke yang nak klik! Persoalan itu cik akak tak berani nak jawab. Maklumlah soal klik tu pelawat yang tentukan.

Apa yang cik akak sarankan. Tingkatkan trafik blog. Tolak tepi dulu isu pelawat klik ke tidak. Bayangkan pelawat anda sehari 1000 orang. Tak kan lah seorang pun tak berkenan untuk klik. Kat situ, boleh nampak. Trafik blog memainkan peranan penting.

Trafik blog memainkan peranan penting! Macam serius je isu tu kan. 

Ya....blog perlukan trafik yang tinggi untuk menjana pendapatan yang lumayan. Pengiklan tak akan bayar mahal kalau blog kita tak mendatangkan manfaat dari pelaburan mereka. Jadi mereka lebih memilih blog yang ada trafik lumayan.

Bagaimana Nak Tingkatkan Trafik Blog?

  • Tingkatkan trafik blog ni boleh je buat dengan banyak cara. Yang paling utama, dan sentiasa memberikan income lumayan adalah Teknik SEO. Search Engine Optimization (SEO) @ pengoptimuman enjin carian adalah teknik yang paling mantap untuk mendapatkan hasil yang lumayan dari blog. 
  • Naikkan Trafik blog dengan singgah dan komen blog rakan yang lain. Ini adalah satu cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pelawat singgah ke blog kita. 
  • Buat entri informasi atau berita hangat yang orang tengah cari.
3 Cara ini akan membantu korang untuk meningkat lebih banyak trafik blog dan income blog korang. Sebenarnya banyak lagi yang cara serta teknik meningkatkan trafik blog dan income blog. Korang cubalah yang mana korang rasa mampu menaikkan tarfik blog.




6 comments:

  1. Cik akak ratu nuff ni...hehe...rezeki kan...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tu..haha..sekarang tinggal ringgit ja

      Delete
  2. alhamdulillah cik akak rezekiii,,,, biar tempias kat sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani...nuffnang zaman dulu...hihi..insyaAllah..

      Delete