Guna Pautan https Untuk Blog Berdomain Sendiri Agar Lebih Mudah Dilayari - Dunia Cik Akak

Wednesday, June 6, 2018

Guna Pautan https Untuk Blog Berdomain Sendiri Agar Lebih Mudah Dilayari



Guna Pautan https Untuk Blog Berdomain Sendiri Agar Lebih Mudah Dilayari : Kemungkinan ramai lagi blogger yang belum menukar pautan carian blog dari http ke https. Isu ini dituju khas untuk blogger yang berdomain sendiri. Blogspot terkecuali. 

Penukaran pautan http ke https ini adalah disebabkan enjin carian internet tersekat atau sukar dilayari. Maklumlah yang berdomain sendiri ini adalah blog yang mempunyai penjenamaan tersendiri. Walaupun mempunyai branded tersendiri, namun ianya bukan faktor untu korang berbangga atau sebaliknya. 

Harus diketahui domain sendiri boleh dilayari secara terhad sekiranya internet disekat oleh pihak tertentu. Contohnya internet yang dipasang oleh kerajaan untuk penggunaan umum sahaja. Carian enjin blog akan keluar error atau sebaliknya.

Mengubah ke pautan https adalah salah satu cara blog anda mudah dikenali ramai. Dan ianya tidak terhad untuk dilayari. Peluang blog anda dikenali ramai lebih tinggi berbanding yang masih menggunakan http.

Bagaimana Mengubah Pautan http ke https

Buka bahagian setting blog @ tetapan blog. Kemudian lihat bahagian seperti imej di atas. Tukar word No kepada Yes. Kena ubah kedua-dua sekali pautan tersebut. Rujuk gambar atas untuk lebih mudah difahami.

Sebelum ini cik akak ada masalah untuk melayari blog domain sendiri cik akak. Bila dah tukar ke pautan https, blog cik akak lebih mesra di carian enjin google. 


No comments:

Post a Comment