Cara Semak Lulus Bantuan Sara Hidup Rakyat @ BR1M - Dunia Cik Akak

Tuesday, June 5, 2018

Cara Semak Lulus Bantuan Sara Hidup Rakyat @ BR1M


Cara Semak Lulus Bantuan Sara Hidup Rakyat @ BR1M : Kelulusan untuk fasa pertama akan diteruskan untuk fasa kedua akan datang. Sekiranya anda inginkan kepastian tentang status kelulusan BSHR ini. Anda boleh membuat semakan untuk kali kedua.

Chania

Seperti yang kita sedia maklum, pembayaran fasa 2 bermula pada 06 Jun 2018 akan datang. Iaitu pada esok hari. Semakan akaun online amatlah digalakkan. Sebab takut pembayaran dilaksanakan secara berperingkat. 

Cara Semak Lulus Bantuan Sara Hidup Rakyat @ BR1M, boleh disemak pada pautan >>https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

Laman web untuk semakkan hanya menggunakan Laptop atau komputer. Semakkan menggunakan versi mobile tidak dapat dilaksanakan. 

Bantuan Sara Hidup Rakyat ini melibatkan 2 kali lagi pembayaran. Fasa 2 pada bulan Jun ini dan fasa 3 pada Ogos akan datang. 

Pembayaran kali ini melibatkan individu cicir dan isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah dan RM3001 - RM4000.

Jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat ini adalah kekal seperti kelulusan BR1M yang lepas. Tiada isu pertambahan atau pengurangan kadar yang diperolehi.


No comments:

Post a Comment