Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M Menggunakan Telefon Bimbit - Dunia Cik Akak

Thursday, June 7, 2018

Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M Menggunakan Telefon Bimbit


Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M Menggunakan Telefon Bimbit : Laman web untuk semakan Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M adalah bukan laman web yang mesra mobile. Untuk semakan status kelulusan korang perlu menyemak menggunakan komputer atau laptop. Walau bagaimana pun cik akak dah temui Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M Menggunakan Telefon Bimbit. 

Ikuti langkah demi langkah. Pastikan telefon bimbit anda ada rangkaian internet. 

1. Buka laman google dan taip "semak status BR1M". Rujuk gambar di atas. Kemudian pillih BR1m - Lembaga Hasil Dalam Negeri. 

2. Dah klik  BR1m - Lembaga Hasil Dalam Negeri, akan keluar imej seperti di bawah. Program tersebut masih dalam versi mobile.


3. Bila klik untuk menu semakan, akan keluar imej di bawah. Bermakna aplikasi tersebut tidak boleh dicapai dengan menggunakan telefon bimbit. Untuk membolehkan korang menyemak menggunakan telefon bimbit. Ikuti langkah seterusnya.


4. Rujuk imej di  bawah. Bahagian yang cik akak bulatkan tersebut, Klik satu kali dan akan keluar imej seterusnya.


5. Dah klik tanda tersebut, maka akan keluar imej seperti di bawah. 



6. Langkah seterusnya, korang tick bahagian Desktop Site. Lihat imej di bawah untuk lebiih memudahkan.


7. Dah tick, laman web tu akan jadi versi destop site seperti gambar di bawah.

8. Untuk langkah semakan, klik kotak menu bertulis MyBSHR. Lihat imej di bawah.






9. Akhir sekali, akan keluar imej di bawah. Korang dah boleh semak Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) @ BR1M dengan menggunakan telefon bimbit anda.


Untuk langkah semakan, korang masukkan No.Kad Pengenalan dan ikuti langkah demi langkah yang terdapat di dalam Aplikasi tersebut.

Selain menggunakan cara tukar versi destop site ini. Korang juga boleh install Aplikasi Semakan BR1M ini di google play >>>https://play.google.com/store/apps/details?id=lhdnm.semakan.br1m&hl=ms









1 comment: