Beku Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran Di Kementerian Pendidikan Berkuatkuasa Serta Merta - Dunia Cik Akak

Tuesday, June 12, 2018

Beku Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran Di Kementerian Pendidikan Berkuatkuasa Serta Merta


Beku Kenaikan Pangkat Dan Pertukaran Di Kementerian Pendidikan Berkuatkuasa Serta Merta : Pelbagai  isu baru yang telah dibentang oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Tidak terkecuali bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Terbaru kita dikhabarkan dengan isu baru, di mana kerajaan pakatan harapan akan beku kenaikan pangkat dan pertukaran kakitangan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bermakna selepas ini tiada sebarang kenaikan pangkat dan pertukaran dilakukan buat masa terdekat. Tempoh tersebut belum lagi dipastikan. Kita tunggu khabar gembira dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenaikan Pangkat dan Pertukaran yang dibuat pada 2 bulan yang lepas adalah dibatal. Bagi kakitangan pelaksana dan guru-guru yang ingin memohon pertukaran buat masa ini adalah tidak boleh dilakukan sehinggakan Menteri Pendidikan mengumumkan pembatalan kepada isu tersebut

Memetik pada artikel dari Sinar Online, pembekuan tersebut :-  

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan membekukan semua kenaikan pangkat dan pertukaran dalaman di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara susulan didapati terdapat percaturan berunsur politik kepartian.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata pembekuan pertukaran itu berkuat kuasa serta merta.
“Ia amat mengecewakan. Saya tidak mahu politik kepartian sempit mempengaruhi institusi-institusi pendidikan yang bakal membentuk masa depan anak kita,” katanya. 
Maszlee berkata beliau telah mengarahkan pegawai tertinggi kementerian itu menyemak semula semua kenaikan pangkat dan pertukaran di peringkat JPN dan PPD yang berlaku dalam jangka masa dua bulan lalu. 
“Diharap rakyat mendapat mesej jelas bahawa kita tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir tidak sihat dalam pentadbiran pendidikan negara, terutama mereka yang sengaja mahu menyukarkan kita mereformasi sistem pentadbiran negara agar selaras dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

No comments:

Post a Comment