Andainya Takdir 2 Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 - Dunia Cik Akak

Monday, June 11, 2018

Andainya Takdir 2 Episod 1 | Episod 2 | Episod 3


Andainya Takdir 2 Episod 1  | Episod 2 | Episod 3 : Andainya Takdir 2 adalah kesinambungan kisah Airil dan Fatihah. Andainya Takdir 2 ini mengisahkan kehidupan Fatihah dan Airil yang membawa haluan masing-masing. Namun dalam waktu yang sama, hati mereka saling menyintai.




Drama : ANDAINYA TAKDIR 2
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3

Promo Andainya Takdir 2 


Menonton »»Andainya Takdir 2 Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 (https://m.facebook.com/cikakak27/) akan dikemaskini

Drama Andainya Takdir 2 akan bersiaran mulai 13 Jun  2018 akan datang, menerusi slot Lestari menggantikan drama Teratai Kemboja yang akan tamat pada minggu hadapan. 


Sinopsis Andainya Takdir 2 :



Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. 

Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. 

Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. 

Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. 

Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya. 

“Rindu ini jahat... Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab... Setiap masa makin bertambah...” 

Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. 

Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. 

Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. 

Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi. 

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?” 


“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! 



Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!” “Tihah... Tihah...” 

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. 

Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

No comments:

Post a Comment