Teratai Kemboja Episod 16 / Slot Zehra - Dunia Cik Akak

Thursday, May 24, 2018

Teratai Kemboja Episod 16 / Slot Zehra


Teratai Kemboja Episod 16 / Slot Zehra : Drama yang mengandingkan Dato Adi Putra, Fasha Sandha dan Elly Mazlein sebagai tunggak utama. 


Hubungan Hanani dan Fikri semakin keruh. Fikri nekad mencari jalan memulihkan hubungan mereka.

Nurhidayah berfikiran positif dan dia percaya Fitri akan dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Dia tak berniat untuk mengambil apa-apa dari Hanani selaku isteri pertama.

Kisah Teratai Kemboja ini bukan sahaja mengisahkan isu poligami. Tapi lebih menampilkan kisah kekeluargaan di mana seorang anak terpaksa berpisah dari ibunya sebab satu alasan. Ingin nyawa anak selamat.

Nurhidayah berjaya menemui ibu kandungnya. Apakah yang bakal terjadi? Jangan lupa menonton Teratai kemboja Episod 16 akan datang.

JUDUL : TERATAI KEMBOJA
JUMLAH EPISOD : 21 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 April 2018

WAKTU SIARAN :  Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Zehra TV3

»»Teratai Kemboja Episod 16 ««https://m.facebook.com/cikakak27/ (Akan Diupdate)


SINOPSIS TERATAI KEMBOJA
Mengisahkan mengenai Fikri (Adi Putra), seorang usahawan yang berkahwin dengan Hanani (Elly Mazlein) sewaktu mereka sama-sama masih menuntut di universiti. Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai anak dan mengambil pil perancang kerana mahu menumpukan pengajian tahun akhir mereka. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani tetapi Hanani tetap dengan keputusannya. Dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah demi menjaga hati Hanani.

Konflik semakin meruncing apabila Hanani semakin tidak menghormati Fikri sebagai suami lebih-lebih lagi apabila perniagaan Spa Hanani kini semakin maju. Situasi ini menyebabkan Fikri sangat tertekan dan diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar Taufik. Mujur kecederaan Taufik tidak serius namun dia tetap di tahan di hospital. Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya.

Fikri bertanyakan tujuan Taufik yang juga seorang guru agama di Kemboja datang ke Malaysia. Taufik menceritakan dia mencari seseorang dan dalam masa yang sama berjumpa dengan pihak NGO yang banyak menyumbang keperluan asas seperti pakaian, buku, alat tulis terutama yang berkaitan dengan perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja.

Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah (Fasha Sandha) yang juga anak kepada Taufik (Hasnul Rahmat), tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Taufik juga turut menceritakan asal usul mereka dan kenapa dia membawa Nurhidayah lari ke Kemboja. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah.

Fikri bingung. Namun dalam masa yang sama, Fikri juga mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat. Nurhidayah pula, seorang anakyang baik hanya menurut permintaan bapanya. Akhirnya Fikri dan Nurhidayah disatukan. Taufik meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah sekembalinya mereka ke Malaysia nanti. Dapatkah Nurhidayah menemui Maryam dan bagaimana pula penerimaan Hanani terhadap Nurhidayah?

No comments:

Post a Comment