Telemovie Isteriku Cikguku Diulangtayang Sempena Hari Guru - Dunia Cik Akak

Saturday, May 5, 2018

Telemovie Isteriku Cikguku Diulangtayang Sempena Hari Guru


Telemovie Isteriku Cikguku Diulangtayang Sempena Hari Guru : Telemovie Isteriku Cikguku pernah ditayangkan pada tahun 2017. Malam ini sekali lagi telemovie ini akan bersiaran melalui slot cerekarama tv3. 


Telemovie Isteriku Cikguku ini mengandingkan Shafiq Kyle dan Izara Aishah. Di mana ia mengisahkan seorang anak murid menyukai cikgunya.


SINOPSIS ISTERIKU CIKGUKU

Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya. 

Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah.

Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak mengindahkan pelajarannya. 

Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. 

Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. 

Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

No comments:

Post a Comment