Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3) - Dunia Cik Akak

Friday, May 11, 2018

Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)  : Drama Nur ini bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dalam bulan ramadhan akan datang. Menariknya drama ini, bakal mengandingkan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli
Sebut sahaja nama Syafiq Kyle, semestinya peminat drama akan menanti kemunculan beliau dalam drama atau telemovie. Drama Nur melalui slot samarinda ini sekali lagi memberikan bonus untuk Syafiq Kyle

Slot Samarinda TV3, Drama Nur ini bakal ditayangkan sebanyak 19 episod penuh. Sebelum tu, jom singgah menonton Promo Drama Nur (Samarinda TV3).

Promo Drama Nur (Samarinda TV3)


Sinopsis Drama Nur (Samarinda TV3)

Drama Nur (Samarinda TV3) ini mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Nur. Nur merupakan perempuan lorong yang tersasar di jalan gelap. Namun hingga suatu masa, Nur berubah dan ingin mendalami ilmu agama. Tapi pandangan orang sekeliling pada dia tak pernah berubah. 

Drama Nur ini bakal memberikan imfak yang positif kepada penonton. Terkejar-kejar nafsu dunia, hinggakan lupa pada jalan yang diredhai Allah.

Berjayakah Nur mengapai apa yang diinginkan? Dan mampukan dia bertahan, tatkala tomahan orang sekeliling. Drama Nur (Slot Samarinda TV3) bakal mengakhiri kisah hitam gadis bernama Nur. 




No comments:

Post a Comment