"Sebenarnya" Lagu Tema Drama Klik! Pengantin Musim Salju - Dunia Cik Akak

Friday, May 11, 2018

"Sebenarnya" Lagu Tema Drama Klik! Pengantin Musim Salju


"Sebenarnya" Lagu Tema Drama Klik! Pengantin Musim Salju : Sebenarnya adalah lagu baru duet Siti Nordiana dan Alif Satar. Lagu tersebut adalah lagu tema untuk drama ini.


Drama Klik! Pengantin Musim Salju akan bersiaran minggu hadapan. Setelah dua tahun, sekali lagi mereka digandingkan bersama.

Video Lagu Sebenarnya - Siti Nordiana & Alif Satar


AliF Satar dan Siti Nordiana kembali bergandingan dalam Drama Klik! Pengantin Musim Salju. 

Drama ini adaptasi dari Novel Klik! Pengantin Musim Salju Karya penulis Suri Ryana.

Lagi mengembirakan peminat mereka. Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini bakal bersiaran 14 Mei 2018 akan datang.

Sinopsis Klik! Pengantin Musim Salju

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. 

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. 


Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. 


Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

No comments:

Post a Comment