Wednesday, May 2, 2018

author photo

Roti Mati @ Roti Keben Osborne Tak Pernah Ditelan Zaman : Roti Mati @ Roti Keben Osborne Tak Pernah Ditelan Zaman, kewujudan roti keben ini memang agak lama. Zaman nenek moyang kita dah ada. Tapi hari ini, kewujudan roti keben ini masih mendapat perhatian warga kota dan luar bandar.


Kalau kat Sarawak, kebiasaan kami panggil roti mati. Kenapa letak roti mati.

Sebab roti osborne ni memang tak ada rasa sangat. Rasa masin tak juga. Manis jauh sekali. Rasa tawar dan kosong lebih sinonim dengan roti mati ini.

Roti mati ini amat femes di kalangan ibu yang berpantang. Sebab ianya bebas dengan bahan yang boleh memudaratkan ibu berpantang.

Selain itu juga, roti mati ini lebih sedap kalau rendam dalam air teh atau milo. Nak lagi sedap rendam dalam air kopi. 

Kalau dulu, osborne brand cap tiga pokok tu memang roti fenomena masyarakat Sarawak.

Di samping itu juga, roti mati ini boleh dibuat bubur @ pengat. 

Boleh cuba, bubur@pengat roti mati. Esok lusa cik akak up resepi bubur @ pengat roti mati.


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post