Resepi Telur Goreng Sedap Ranggup - Dunia Cik Akak

Saturday, May 19, 2018

Resepi Telur Goreng Sedap Ranggup


Resepi Telur Goreng Sedap Ranggup : Malaysia kaya dengan pelbagai resepi dan juadah yang menarik. Namun juadah tersebut terkadang lebih lama untuk disediakan. Untuk lebih mudah, telur goreng menjadi pilihan juadah bersahur.

Resepi yang dihasilkan dari telur amat meluas. Conyoh Telur Dadar, Telur Masak Kari, Telur Masak Merah, Telur Masak Kicap, Telur Mata Kerbau, Telur Masak Kurma dan Lain-lain lagi. 

Kehebatan juadah berasas telur ayam tidak dapat dinafikan lagi. Macam-macam menu boleh dihasilkan. Harga pun murah.

Berbalik kepada resepi, cik akak kongsikan resepi telur goreng sedap ranggup. 


Resepi Telur Goreng Sedap Ranggup

Bahan-Bahannya,

  • 2 biji telur ayam
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak untuk mengoreng

Bahan-bahan hiasan

  • Bawang goreng
  • Cili padi merah + hijau
  • Sedikit kicap

Cara membuatnya...

  • Pecahkan 2 biji telur, kemudian pukul hingga kembang. Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa. Pukul lagi hingga kembang.
  • Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian masukkan telur tadi dan goreng hingga ranggup.
  • Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan hirisan cili merah +hijau. Kemudian letak sedikit kicap untuk menambahkan lagi kesedapan telur goreng sedap ranggup tersebut.
  • Hidangkan dan makan bersama nasi putih panas-panas. Memang cukup menyelerakan tekak.

No comments:

Post a Comment