Friday, May 18, 2018

author photo
Resepi Daging Goreng Berempah : 

Resepi Daging Goreng Berempah Kebiasaan kita bila ada stok daging mesti nak masak kari daging. Tak pun masak hitam manis. Paling simple masak je kicap. Mudahnya memasak, namum kadangkala tekak jemu dah. Asyik-asyik resepi yang sama. Malam ini cik akak kongsikan satu resepi mudah iaitu Daging Goreng Berempah.

IMG_20170927_003626

Resepi Daging Goreng Berempah ini korang boleh buat untuk menu berbuka petang nanti. Naik kelainan sikit dari menu ramadhan anda tahun-tahun lepas. 

Nak masak perlulah ada bahan-bahannya. Serius cik akak katakan di sini. Resepi yang cik akak kongsikan amatlah simple dah ringkas untuk proses penyediaannya. Tak perlukan masa yang lama, setengah jam pun boleh masak.

Bahan-Bahan Daging Goreng Berempah

  • 1 kg daging - dihiris nipis
  • 50 gram cili kisar
  • 100 ml kicap manis
  • 4 keping asam keping
  • 4 biji kentang - dibelah 4
  • 2 sm kulit kayu manis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sm halia

Bahan Sangai & Tumbuk

  • 5 gm jintan manis
  • 5 gm jintan putih
  • 5 gm biji ketumbar

Cara Membuatnya :-

  1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan cili kisar hingga harum. Masukkan bahan tumbuk, kacau hingga sebati.
  2. Masukkan daging, kentang, kicap manis dan asam keping.
  3. Tambah air secukupnya dan tutup periuk supaya daging mudah empuk.
  4. Apabila daging empuk, masukkan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba Daging Goreng Berempah.Resepi ni dikongsikan dalam buku kompilasi Masakan Daging.

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post