Resepi Cornflakes Bermadu Simple - Dunia Cik Akak

Sunday, May 27, 2018

Resepi Cornflakes Bermadu Simple


Resepi Cornflakes Bermadu Simple : Cornflakes Bermadu antara biskut raya yang paling simple. 2 atau 3 jam boleh siap.  


Hasil Cornflakes bermadu yang kami buat. Buat dua kotak 500gm tu dah cukup banyak. Mudah je nak buat. Kalau nak tambah coklat pun ok juga ni.

Resepi Cornflakes Bermadu Simple

Bahan-bahannya : 
  • 2 kotak Cornflakes - 500gm satu kotak
  • Sebuku mentega bar
  • Sebotol kecil madu
  • 10 atau lebih gula pasir
  • Dua paket bijian gula warna-warni
  • Kertas cup - 1 bar
Cara membuatnya

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega bar dan cairkan. Kemudian masukkan sebotol madu dan gula pasir. Gaul guna api kecil untuk mengelakkan hangus.
  2. Kemudian masukkan cornflakes tadi. Gaul hingga sebati. Tutup api.
  3. Masukkan dalam kertas cup dan tabur sedikit bijian warna-warni. 
Belum siap lagi korang...cornflakes dalam cup tadi kena masukkan dalam oven.

  1. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar cornflakes untuk tempoh 10 minit sahaja. 
  2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment