Penjawat Awam Bakal Diserap Ke Sektor Swasta - Dunia Cik Akak

Tuesday, May 15, 2018

Penjawat Awam Bakal Diserap Ke Sektor Swasta


Penjawat Awam Bakal Diserap Ke Sektor Swasta : Adakah isu ini benar. Ya itulah kenyataan yang terbaru hangat di media sosial. 


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan penjawat awam tidak akan dikurangkan meskipun jumlah kementerian dikecilkan tetapi akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

"Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

"Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,"katanya.

Petikan dari Sinar Online ini menyatakan penjawat awam tidak akan dikurangkan, tetapi ditempatkan di sektor awam. 

Jabatan terlibat masih dalam proses. Tunggu dan lihat. Kemungkinan ia melibatkan lebih ramai jabatan. Ini kerana negara mempunyai 6 juta penjawat awam. 

Sebagai penjawat awam, kita tunggu apa yang akan berlaku. 

No comments:

Post a Comment